Thursday, December 31, 2009

Happy New Year

Posted by ezey at 11:27 PM 1 comments
happy new year semua... masing-masing sure dah ada new resolution for 2010...go for it guyz...
Kat Facebook masing-masing dengan status new ye...sempat ku copy paste status sesetengah member kat FB post kat blog ni..semua ni status FB masing-masing...thanx to FB..x payah dah nak send sms untuk wish happy new through phone yang pasti akan meyebabkan line jammed..

  • resolution for 2010; demand less, give more. Things done sincerely insya allah will be rewarded by God...



  • to all...happy new year 2010...may God bless you all.


  • take a ChanCe,Make A chanGe....2010......happy new Year ya'LL


  • Selamat Tahun Baru..kawan2...semoga tahun yg mendatang lebih mematangkan kita..supaya kita blh menambah amalan yg telah sedia ada..


  • Another fresh new year is here . . .Another year to live!

To banish worry, doubt, and fear, To love and laugh and give!


  • "Making resolutions is a cleansing ritual of self assessment and repentance that demands personal honesty and, ultimately, reinforces humility."


  • Tahun berganti lagi..umur terus meningkat.Doaku..semoga Malaysiaku terus dilindungi Yang Esa..sebagaimana hari ini.Doaku..semoga kita semua terus bahagia,murah rezeki dan dijauhkan dari segala malapetaka.


bagi aku lak..semoga tahun 2010 akan lebih baik dari tahun 2009...selamat datang 2010..selamat tinggal kenangan 2009....dan selamat tinggal jugak status sweet20.hehhehe...welcome to sweet30 lak.....bak kata carter...30 is better than 31 or 29...hehehhehe..azam tahun depan???i'll rest it first...

Wednesday, December 30, 2009

Buringnya....

Posted by ezey at 1:58 PM 1 comments
arini adalah sangat bosan...geng-geng pid mungkin menghabiskan sisa-sisa cuti..semua offline je..berapa kerat je online...korang semua berherbinasi kat mana weh...aku jeles...arini aku hanya berjalan-jalan ke blog je...

Nampaknya tahun ni aku bakal mem"bakar" sisa-sisa cuti..nasib la sapa yang keje sorang macam haku..nak tutup lelama pid kesian lak...huwaaaaaa..nak cuti pun kena pikir 2-3 kali kalau xde yang penting sangat..adoiyai.. begitu cemerlang gayanya...heheheheeh..atau perlu ke haku pentingkan diri sendir..belasah je abiskan cuti...

lagi 2 hari dah masuk tahu baru.....masing-masing dah ade azam baru ke...????

Thursday, December 17, 2009

Banyak nak cerita tapi....

Posted by ezey at 12:36 PM 1 comments
Dah dekat sebulan ke dah lebih sebulan aku x update this blog...bukan tak cerita tapi takde mood nak tulis atau adakah aku busy sangat kat PID sampai x sempat nak update.??? masa semakin hari semakin sekejap je rasa..macam-macam benda nak kena buat..arini dah khamis rupanya besok cuti lagi...satu-satu yang semua orang suka..hahahaha...

Dalam kesibukan dengan macam-macam hal..last week tetiba one of my cousin was confirmed leukemia. Rasa macam x percaya pun ada, rasa sedih bila fikirkan HAKIM atau lebih mesra we all called him abg chik, a 5 years old child when abah told us. Dalam usia kecil macam tu dia terpaksa hadapi penyakit yang jarang dapat diubati. Arini doctor akan ambil sample sumsum tulang untuk pastikan which level of crictical he is…Setiap hari dia nangis sebab setiap hari doctor akan ambil darah untuk sample..tangan kecil dia macam x mampu nak tmenahan tusukan jarum tu..last night he was transfered from ampang to Hospital Universiti Sains malaysia, Kubang Kerian.


Everyone, please pray for him..hope paksu n maksu terus tabah and teruskan usaha. Setiap penyakit pasti ada ubatnya..jangan cepat mengalah..kami akan menyokong dan membantu selagi kami berdaya…sesapa yang mungkin ada petua ke cara, do tell me okay...

Monday, November 16, 2009

Jom kengkawan...

Posted by ezey at 11:23 AM 0 comments
Jom-jom kawan-kawan....jom klik-klik kat page ni lak...

http://impianacollections.blogspot.com/

jangan segan-segan okay...jangan lupa beritahu kawan-kawan skali...

sambil cuci-cuci mata..boleh klik-klik lagi.....more items to come.....

Sunday, November 15, 2009

Solat Sunat Dhuha- Murahkan Rezeki, berjaya dalam kerjaya

Posted by ezey at 12:01 AM 3 comments
saje nak berkongsi kelebihan Solat Dhuha dengan semua...masa untuk solat dhuha adalah 30 min selepas syuruk dan 30 minit sebelum matahari tegak..adalah aku dah berumur almost 30 baru amik tahu pasal solat sunat dhuha dan tak salah aku nak kongsi kebaikan dia...

1. "Solat Dhuha itu mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan), dan tidak ada yang akan memelihara solat Dhuha kecuali hanya orang-orang yang bertaubat."
2. "Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan, "Dhuha." Maka jika kamu datang hari kiamat kelak, serulah (malaikat) penyeru: manakah orang-orang yang telah mengerjakan solat Dhuha? Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam dengan rahmat Allah." Al-Tabrani



Doa Solat Dhuha..aku amik yang dalam bahsa melayunye...nak senang paham...

Di antara doa yang baik dibaca selepas solat Dhuha ialah :

Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.


** Selain usaha...doa dan tawakal adalah penting..begitu juga dengan doa dan tawakal..perlu dilengkapi dengan usaha yang berterusan....barulah kejayaan akan tercapai...dan setiap usaha akan membuahkan hasil yang manis....




Thursday, October 22, 2009

Mungkinkah...

Posted by ezey at 11:56 PM 1 comments
apa yang mungkin?????

malam ni tangan kanan haku gatal-gatal je....orang tua-tua kata nak dapat duit...suka tak????adake orang xsuka duit zaman sekarang ni...sila angkat tangan...

esok najib merangkap Perdana Menteri nak buat pembentangan bajet untuk tahun depan...

adakah..esok ku bakal dapat berita cantik menarik tertarik ko memang da bomb..

BONUS...Mungkinkah.....




Wednesday, October 21, 2009

Segala-galanya PENDING......

Posted by ezey at 3:59 PM 5 comments
hallo..hallo....halllo...lamanya x hupdate blog...rendu sudah....banyak nak citer tapi semua terbantut memandangkan internet semedang hazab....5 minit sekali disconnection..bikin hati wa panas...mood rajin jadi mood malas....

Walaupun syawal dah habis..tetap nk ucap

1. SELAMAT HARI RAYA SEMUA...N MINTA MAF MANA ADA SALAH DAN SILAP..YANG SEMEMANGNYA TAK DI SENGAJAKAN (yang sengaja pun minta maaf gak....)

2. TAHNIAH MR DENGAN KEHADIRAN BABY ASYRAF....LENGKAP SUDAH SEPASANG BUAH HATI KO NGAN PAKCIK SEPOL...

3. SELAMAT DEPAVALI KEPADA PENGANUT AGAMA HINDU....

4. SELAMAT MENUNAIKAN FARDU HAJI KEPADA JEMAAH HAJI MALAYSIA

5. UNTUK WARGA PID...ADA JUGAK SELAMAT..KU TAKKAN LUPAKAN UOLS.... IAITU SELAMAT BEKERJA DAN MEMBERI KHIDMAT KEPADA MASYARAKAT....

Cukup la dulu ucapan selamat dari aku sebagai pemanas engine untuk terus berbelog....

Friday, September 18, 2009

Berhati-hati Di Jalan raya

Posted by ezey at 12:54 AM 0 comments
macam biasa semakin dekat nak raya makin banyak berita-berita kemalangan jalanraya yang melibatkan kehilangan nyawa...

tadi balik keje awal sikit dalam kul 4 gitu..bajet sampai awal sikit umah..ye la ari last before rayakan..saja balik awal skit malas nak sibuk-sibuk ngan orang nak balik kampung...dari PID ke bukit Bunga jalan smooth je...singgah jap beli beras siam..2 kampit besar..kalau kena tahan harus kena rampas nie....huhuhu...bekalan raya kononnya...pas siap beli beras semua..continue drive home...baru 5 minit drive tetiba dari jauh dah nampak kereta beratur panjang...aisey..xkan dah start nak jammed??xpernah2 jammed kt jalan ni....ke polis buat roadblock??biasa la kan raya-raya ni memacam ops..aku x risau lesen ke roadtax mati..tapi aku lagi pikir pasal beras dua guni besar tu...huhuhu...

Dekat 30 jam jugak aku rasa dok main brek-brek..tukar-tukar gear...sudah la kete manual..adalah sangat lenguh kaki di bulan puasa yang mulia ni...bila dah sampai dekat..rupanya ade accident...iswara ngan honda x silap aku...orang kiri kanan jalan x yah citer la..ramai jadi pemerhati..teruk gak condition kete merah tu..macam nak terjatuh ke bawah je..nak kata gaung bukan gaung la..cuma bukit sikit je...bila lalu je tempat tu...nampak 3 plastik hitam kt tepi landrover polis....rupanya ade orang yang meninggal kat tempat kejadian...aku xde lah berenti tengok pun...lagi yang cedera maybe ade kot...aku x tahu la...kejadian ni kat Nibong, Tanah Merah..kalau dari Machang..dia sebelum selekoh sebelum Balai Polis Nibong

rasa sedih lak..mesti dorang on the way nak balik beraya kat kampung..tapi x kesampaian...tapi ye la..ajal dan maut x de sapa yang tahu kan....

2 mingg lepas juga..sorang juniorku pun meninggal pasal accident gak kat jeli...Nak balik dari UPSI ke rumah dia kat Bachok..nak berpuasa ngan family tp x kesampaian jugak...semoga roh beliau ditempatkan bersama dengan orang yang soleh dan solehah...kawan-kawan ..boleh la sedekah al-fatihah pada arwah...

So saya menyeru kepada semua..berhati-hati la di jalanraya....semoga semua selamat sampai ke destinasi dan jumpa orang-orang yang tersayang....

Saturday, September 12, 2009

Sangap

Posted by ezey at 5:37 PM 0 comments
....~Lack of Motivation..Have no goal~...

mode : blur....

Wednesday, September 2, 2009

sesak napas...

Posted by ezey at 11:21 AM 2 comments
huhuh...banyak entry tajuk macam berpenyakitkan..hhihi...kali ni sakit sesak napas bukan sebab penyakit tapi sebab cari penyakit...

Sebelum raya aku ade la g umah akak tu..makan laksa okay...aku suka..bila dah abis makan laksa..start acara seorang bisnesswomen..dia citer pasal produk dia semua ni...aku dengar je...n last2 dia suh cuba....ingat cuba-cuba saja..so aku dengan 2 of my friends pun mencuba la...sangat seksa okay..ade la dekat setengah jam bartu berjaya...tau apa yang aku cuba..hahaha full set of korset jenama Premium Beautiful...bagi sesiapa yang dah menceburi bidang kurus mengurus nie sure pernah dengar dan of course semua tau rega dia....

bila dah cuba..jelas la nampak perubahan bentuk badan..pinggang jadi ramping..lebihan lemak hilang ditelan korset tu..tp satu je tak suka..aku rasa bila pakai ni breast nampak ala menonjol sikit...tapi adalah sangat menyeksakan aku rasa...rasa susah nak duduk..nak bernafas..duduk pun kena tegak je...lenguh gilos..

Pas cuba-cuba semua..kitorang nak le bukak balik...tapi akak tu x bagi buka..dia suh cuba dulu untuk sebulan...kalau tak nak xpe..boleh pulangkan balik..

Sampai umah, terus buka....lega rasa....hihihih...ni dah sebulan lebih..aku hanya cuba pakai sehari je..dok terperuk dalam lemari..

tapi arini aku cuba untuk kali ke-3...adalah sama jugak perasan..td sampai PID lewat gara-gara pakai menatang nie...lum expert lagi nak pakai...dan aku amik keputusan nak pulangkan balik menatang nie....dengan nilai RM banyk tu aku boleh beli macam-macam wooo......

**pada saat dan tika ini, rasa nak buka je menatang ni tapi x bawa baju kecik spare....tambahan lagi pejabat pos ramai orang...sebagai penumpang setia toilet pej pos..aku terpaksa redha dengan kesesakan pejabat pos..terpaksa la ku tahan..

Thursday, August 27, 2009

Kebatukan

Posted by ezey at 1:08 PM 1 comments
Musim-musim hujan gini..penyakit senang je nak melekat..arini ku dah start batuk-batuk manja...try tahan x nak bagi batuk..ye la kalau dah mula batuk tu dia dah x nak berenti-renti...adoi...nak kena standby ubat batuk ni..ke ada sesapa yang tau petua tradisional yang boleh hilangkan batuk secara cepat....sila share2 ye...

sudah la skang musim selsema babi ni...mintak-mintak la di jauhkan...risau gak sebab selalu travel...kena cuti dari travel ni...nasib baik dah masuk bulan posa..xde kursus pape or training-training lagi...kalau x jenuh la....

Wednesday, August 26, 2009

Salam Ramadhan

Posted by ezey at 9:21 AM 1 comments
wahhhh...lamanya x update blog rasanya....maklumlah 2-3 menjak nie terasa macam ku kebizian...
walaupun dah agak terlewat..aku nak gak ucapkan selamat datang kepada bulan ramadhan yang mulia..sama seperti kelewatanku meng'wish'kan ramadhan..macam tu la lewatnya aku memulakan puasa ku..xdok rejeki nak sambut 1 ramadhan....waaaaaaa...

semoga ramadhan kali ini membawa seribu keberkatan kepada kita semua...perbanyakkan amalan-amalan sunat...maaf memaafi sesama kita....

Kepada kengkawan semua..selamat menjalani ibadah berpuasa dan yang sewaktu dengannya..
Kepada peniaga-peniaga..semoga rezeki anda bertambah...
Kepada orang yang x nak posa..ingat-ingat la akibat yang bakal ko tanggung....

Wednesday, August 12, 2009

BIG SALE

Posted by ezey at 12:04 PM 4 comments
sebagai penumpang tegar Air Asia..aku dengan suka relanya tolong promote walaupun xde dapat imbuhan apa-apa hatta penerbangan pergi balik kb-kl.....

nampak tak gambar kt bawah tu...air asia ade offer 3juta tempat duduk dengan kadar yang murah dan mamupu untuk semua orang....ke semua tempat...

Booking period 12-16 Ogos 2009
Travel period : jan-julai 2010..

Sesapa yang ade perancangan nak bercuti tahu depan..jangan lepaskan peluang...grab it now...



* ku dah terbuking tanpa sengaja...

Tuesday, August 4, 2009

Kegilaan

Posted by ezey at 9:42 PM 5 comments
Tak tau nak cakap apa...tp sesungguhnya aku sangat ketagih dengan game yang telah dicipta oleh manusia ni...dia membuatkan hati aku tiap-tiap hari nak mengadapnya je...

Kalau dulu masuk keje sure aku on YM dulu..tapi sekarang tidak lagi...Kini menda pertama aku terjah adalah FACEBOOK...dan pencipta game tu aku anggapkan sebagai seorang yang berjaya menjajah minda aku untuk terus setia melekat kat page FARMVILLE...FARMVILLE adalah seperti sebuah ladang di alam maya....

Interface Farmville kegilaan aku...

Bila tengok ladang-ladang aku berbuah subur..hati rasa tenang dan gembira walaupun hanya di alam maya...terasa satu kepuasan....tapi bila pokok-pokok mati amat terasa sedih mengenangkan kerugian yang ditanggung.....balik umah teringat farmville..tgh makan pun boleh lagi ingat farm ville..cuma belum sampai tahap masuk dalam mimpi je....


iNi la rupa bentuk landskap kebun kegilaan aku....kalau in reality macam gini..aku yakin aku adalah tergolong dalam petani yang berjaya..mungkin akan dapat anugerah beliawanis berjaya dalam bidang pertanian...


Wednesday, July 29, 2009

Melangsaikan Hutang...

Posted by ezey at 3:30 PM 1 comments
Xde Menda nak buat ni..kat luar hujan lebat sangat-sangat..tapi aku suka sebab.....ye sebab persekitaran yang tgh hari tadi panas yang amats..sekarang suka nyaman...

Student x datang lak...yang ade..user biasa je..jadi..aku ada masa nak langsaikan hutang ima kuala kurau nie..hehehhe..

Nama-Nama Timangan Anda
Kak Long, Long, Sulong, Che Long, Mc Roh, Iza, ezey, Riza (banyak kan...tapi dengan nama2 tu aku tahu apa kaitan pemanggil tu ngan aku )

Anda Seorang Yang
Simple, Nampak cam pendiam kalau x kenal..bila dah kenal haku..sila jangan serik nak ayan aku bersembang okay....

Insan Teristimewa
Family

Describe Apa Yang Membuatkan Dia Terlalu Istimewa Di Mata Anda
ye la..sebab dorg la paling istimewa..banyak sgt keistimewaan..xde sapa leh amik tempat dorang....

Lagu Kesukaan Anda
Semua lagu aku suka..jangan bagi dangdut dah la...

Makanan Kesukaan Anda
Tom Yam, Mee Kari (tapi buatan my mom saje)pernah cuba makan orang lain nye..tapi x leh lawan..

Warna Kegemaran Anda
Earth Kaler ( tapi yang paling wa suka adalah cekelat)

Sikap Yang Membuatkan Anda Stress
Seorang yang rasa diri dia bagus...please la..ingat ko bagus sgt ke....


Tiga Benda Yang Mesti Ada Dalam Beg Anda
1. Duit (purse adalah x penting bagiku) hehehhe
2. Handphone yang ade bateri full n boleh wat kol out
3. Dokumen penting - ic,lesen ( eh dahterlebih )..halal je la ek..1 je lebih....

Kali Terakhir Anda Menangis dan Kenapa
Ntah..dah lupa..lama sangat x nangis

Tag 7 rakan anda

1. Zura
2. Along Si Anak Minang
3. Kak Linda Sungai Pelek
4. Azrin Sg Pelek ( saje bagi ko azrin-kang ko xde keje lak tgk kak linda je jwb tag)
5. Ija Kenu
6. Ct Tim Kuaa Nerang
7. Kamu semua la.....



Sunday, July 26, 2009

i was tagged....

Posted by ezey at 11:42 PM 1 comments

Rules:

1. Link the person who tagged you.
2. Copy the image above, the rules and the questionnaire in this post.
3. Post this in one or all of your blogs.
4. Answer the four questions following these Rules.
5. Recruit at least seven (7) friends on your Blog Roll by sharing this with them.
6. Come back to BLoGGiSTa iNFo CoRNeR (PLEASE DO NOT CHANGE THIS LINK) at http://bloggistame.blogspot.com and leave the URL of your Post in order for you/your Blog to be added to the Master List.
7. Have Fun!



Questions & Your Answers:
1. The person who tagged you:
Along Wanie Si Anak Minang anak acik ina....

2. His/her site's title and url:
http://anakminang.blogspot.com/

3. Date when you were tagged:
26th of july 2009

4. Persons you tagged:

i-Ms Ima Kuala Kurau

ii-Puan Zel Chaiyok

iii-Azrin Sg Pelek

iv-CT Tim Kuala Nerang

v-Raihan-aku tagged gak ko walaupun bizi ngan BIzzkizz

vi-Zura-Merry Go Round

vii-Dia Langkap


Sila kopipes dalam blog masing-masing seperti arahan di atas...Sekian terima kasih...

Thursday, July 23, 2009

Taraaaa....

Posted by ezey at 12:08 AM 2 comments
Have no ideas what to do tonight..rancangan TV pun x menarik..so aku saje je godek-godek BLOG..nak update pasal my trip ke Ho Chi Minh City Last 2 weeks...tapi internet slow yang amats bak kata MR very the hazab ....nak upload piccas took 3-5 minutes 4 each piccas..malas nak tunggu..next time i'll upload the piccas sekali ngan cerita-ceriti sepanjang kat sana...last2 aku hanya tukar layout je..MOTIf???

xde motif pape but i do like the quote

"LiFe iS A HiGhWaY, StOp N eNJoY yOUR LiFe"

**yang penting i tetap x leh lari dari my fav kaler...which is cekelat....walaupun orang lain x suka..dull kononnya...BUT I LiKE IT VERY MUCH

Wednesday, July 22, 2009

Apa Ku Buat Sepanjang Pagi Rabu Yang Indah....

Posted by ezey at 2:56 PM 0 comments
Sebenarnya ari ni aku ala-ala makan gaji buta dari pagi sampai kul 2pm...bukan saja-saja nak makan gaji buta...

Bangun pagi tadi penuh semangat nak pi keje..dalam hati dah ade nawaitu nak siapkan report bulan jun yang x siap-siap walaupun bulan 7 dah nak abis, nak antar report eservis yang dah berkurun selesai...dalam pada dok pikir-pikir nak buat semua urusan tu..aku nak tengok dulu gerhana matahari yang paling panjang iaitu 5 minit...bila lagi nak tengok kan...bukan ada hari-hari...


tapi


tapi....


Bila sampai PID, buka pintu kete aku dah dengar ngauman generator TM...maka dengan yakinnya aku tau..mesti xde letrik..xpe xpe..mungkin sekejap je tu...tapi aku tetap buka PID..takkan nak balik umah...umahku buka 2-3 mint naik kete dah sampai..drive 1 jam suku baru sampai dengan kadar kelajuan 90kmj..kalau kurang dari 90 pikir la sendiri ye....

dah kul 8.30

siap sedia nak tunggu gerhana matahari la...tapi bukan rezeki haku sebab..hujan mula merenyai-renyai...so apa lagi nak buat...

kemas-kemas PID sikit..buat kira-kira untung rugi( bukan dut PID...tp duit aku)...dah xde nak buat apa...kul 12 aku mula zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz....nasib baik cuaca nyaman...dalam hati kalau pas lunch xde letrik gak..aku akan tutup PID...baik kan ai..sanggup tunggu dari kul 8 sampai kul 2.30pm baru nak balik...

tiba-tiba...kul 2 pm tepat..kipas atas kepala mula berpusing...sah la aku x jadi balik awal...tapi nawaitu asal nk buat semua report-report dah terbantut..student pun pandai je ..ade letrik..2 minit dah tercongok depan pintu pid...semangat betul nak belajar..harap-harap semngat tu sampai abis la..kang baru abis words..mula la x nak datang...

Esok la aku sambung nawaitu arini...

Friday, July 17, 2009

Cuti Lagi....

Posted by ezey at 6:25 PM 1 comments
semalam adalah ari kamis..sekali lagi diumumkan bahawa aku lagi sekali cuti....huhh...kali ni buka cuti-cuti mesia lagi..tapi cuti untuk menghadiri majlis konvokesyen..mohamad hafizal zainuddin merangkap anak ke-4 dalam family...venue ..Dewan Tuanku Sultan Mizan, universiti Malaysia terengganu...

gambar non qualitas..amik ngan handphone cabuk haku...

Bila masuk dewan..rasa cam nak nangis je..alangkah bestnya zaman dulu-dulu waktu2 belajar..x yah nak pikir keje...hari-hari keje..macam-macam masalah...kalau malas nak gi keje kena gigihkan diri gak datang ke..tapi masa study kalau malas pi kelas boleh sambung tido..hantar utusan je untuk sign attendance..amat la heaven....hahhaaa


Orang Yang dirai....

kalau nak ku compare ngan majlis konvo haku dolu..aku rasa..akunye lagi best..walaupun result aku adalah x cemerlang...yang pasti dewan ni Tuanku Mizan tak sebesar Dewan Muadzam Shah

Tapak gerai konvo depa pun x sebest UUM walaupun koordinat UUM adalah di hujung utara negeri kedah sebelum sampai bukit kayu hitam( sanggup dari uum g bukit kayu hitam semata-mata nak makan tomyam kak midah..huhuhuh) tempat pengumpulan semua jin-jin...

**(mesti semuanya aku yang lebih..hihihi..)


Tapak pesta konvo UMT..


Pentas Utama...Macam pesta konvo kat tempat lain la..
Malam-malam ade ala-ala konsert...

Majlis penganugerahan tamat kul 11.45 pagi...last session..dorang di bagi masa 1 jam untuk mengabadikan kenangan dalam dewan Tuanku Mizan..aku yang xde kaitan ni keluar dewan la..xdemaknanya nk tunggu la...keluar dewan amik2 gambar sat..sesi klik-klik bersama family...pi round-round tapak konvo yang kecik(xsempat pun keluar peluh jantan) sekejap (sempat gak capai barang-barang seketul dua)...pastu makan-makan..terus g Kuala Terengganu tempat aida lak...the youngest sister...




Wif our Parent...

Aku malas nak enterperem sebab bukan majlis haku..jadi tukang amik gambar sudah...sekian laporan dari terengganu untuk berita hari ini.....

Monday, July 13, 2009

Esok Adalah Cuti...

Posted by ezey at 1:05 PM 2 comments
aku antara manusia yang happy bila dapat berita ni...mula-mula macam x caya bila Da Kuala Krai cakap esok cuti..mungkin orang keje kuala krai je cuti...tapi dengan adenya teklogi IT..berdesup aku mengecheck kebenaran citer tu....huhuhu....jom2 aku share berita ni...kopipes dari forum cari.com.my...

KOTA BAHARU 13 Julai - Kelantan mengisytiharkan esok sebagai cuti umum bagi semua penjawat awam yang bekerja di negeri itu.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata,langkah itu diambil selepas mengambil kira kepentingan umum,memandangkan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Uraiakan berlangsung esok.
Beliau berkata, pihaknya melihat bahawa hari mengundi yangditetapkan esok boleh menimbulkan banyak kesulitan kepada pengundikerana ia diadakan pada hari bekerja.

“Saya isytihar esok 14 Julai (Selasa) sebagai cuti umum bagiseluruh negeri Kelantan, diambil atas sebab ’Cuti Peristiwa’. Dalamsemangat pro demokrasi, kami mesti mengutamakan kepentingan rakyat danmendahulukan pencapaian,” katanya.

- BERNAMA

Saturday, July 11, 2009

i'm back....

Posted by ezey at 8:56 PM 2 comments
finally..aku landed safely kt Sultan Ismail Airport kota bharu...setelah bercuti 5 hari...tommorrow kena start engine gi keje balik...malasnya..sebab dah senang hati rehat panjang........

Monday, July 6, 2009

Penyakit Tahunan Kini kembali

Posted by ezey at 11:20 AM 0 comments
poyo je tajuk..muahahaha...sebenarnya aku selalu sakit telinga..bukan salah sesapa..tapiadalah salah aku gak...sebab suka korek telinga..sampai kena marah ngan doktor sebab dalam telinga xde pape..hatta sekelumit tahi telinga..telinga jadi kering..dan ni menyebabkan kilit telinga haku yang nipis ni menggelupas kat dalam...

bukan aku sesaja nak korek..tapi..tapi..sangat gatal..kalau xgatal xde maknanya aku nak korek hari-hari..membazir cotton bud aku je walaupun murahkan...aku suka buat keje 2 in 1..sambil buang najis2 kat dalam telinga sambil-sambil tu aku dengan sukahatinya..garu-garu ruangan telinga dalam dengan cotton buds..syiok...xcaya ke..cuba terai...mesti korang pun setuju ngan aku...doktor mengesahkan aku ade penyakit resdung(hahah adalah sangat poyo ayat ini seperti kena penyakit kronik)..sesapa ade ubat mujarab..sila cakap ngan aku okay..x tahan asyik gatal telinga je...asal mkn udang or ketamm..dia mula la merenyam....

semalam dan arini aku menderita sakit telinga...huwaaaaa...ni rasa macam badan nak demam lak..mebi sebab effect sakit telinga.ngan badan-badan aku jadi lema....x gi klinik pun,,just suh adik aku gi amik ubat kt klinik perdana(kalau nk jumpa doc..adalah sangat lama kena tunggu)....rekod aku semua dah ade..so senang la..xyah jumpa2 doktor..terus kita amik ubat je...

Thursday, July 2, 2009

Semalam Yang Dingin

Posted by ezey at 3:11 PM 2 comments
Dalam pada orang dok sibuk-sibuk musim elnino..kt sini tiap-tiap petang hujan..bukan sikit-sikitnye hujan..lebat x hengat..aku drive pun nampak x nampak je jalan masa balik keje semalam...mula la terkenang-kenang kisah aku terperangkap banjir...aku pernah x dapat balik dari opis sebab banjir..terpaksa tido kat masjid...memang pengalaman...

Kisah aku terperangkap dalam banjir disember tahun 2007. dah musim tengkujuh..harus la hari-hari hujan..masa kul 3.00 petang PM aku dah cakap macam air nak naik je...aku boleh lagi rileks-rileks dok kat PID..xde rasa susah hati ke..kelam kabut nak balik ke..x terpikir pun air naik x ingat sampai kete x leh lalu...dekat-dkat kul 4pm..PM aku suh aku balik sebab air makin naik...aku baru nak gelabah biawak kemas2 barang nak balik..

half way okay lagi...halangan pertama berjaya...selamat.....lagi 2km ke depan...dah nampak kereta bersusun..tanya orang kat situ dorang cakap jalan dah tutup..dalam hati aku..dah korang tahu jalan tutup ..buat apa nak tunggu lagi..blah la..aku amik keputusan nak lalu jalan alternatif lain...jeli-dabong-kuala krai-machang....walaupun jauh..aku nekad nak balik...jalan x yah citer la memang sunyi giler..aku rasa kete aku je lalu jalan tu...

aku selamat sampai ke kuala krai..masa tu dah kul 7...jalan jammed gilos...kalah nak balik raya aku rasa..xper2..sabar..janji boleh balik..dari Kuala Krai ke umah aku dah x jauh mana..x sampai stgh jam pun sampai la aku kt umah..tapi2..sekali lagi ade jalan ditutup untuk kenderaan comel macam kete aku...hanya kenderaan berat je yang boleh lalu...dan dengan rasminya aku terpaksa tido kat masjid buat sekian kalinya..waaaaaaaaaaaa....tapi x tdo pun..orang ramai stuck kt situ..yang paling kesian baby la..sejuk..

memang pengalaman sungguh...dapat gak aku merasa jadi salah seorang mangsa stuck kt banjir..biasa tgk dalam TV je orang minum air cicah biskut...ni aku sendiri ada kt tempat kejadian...

esoknya pagi-pagi lagi dah breakfast ngan da (pengurus PID K.Krai) yang juga mengalami nasib sama macam aku..tapi mmg lapar giler..ngan hujan..last makan breakfast je..lunch aku x makan konon nak makan kt umah jer...alih-alih kena tido masjid...biskut kering tu x dapat menampung tahap lapar aku...then kol adik aku suh amik aku..aku tinggal kete kt Pejabat Pos Kuala Krai..naik bot penyelamat....


sempat lagi amik gambar walaupun hujan lebat.ada gaya macam x leh nak gi keje dah esok..






Air dah melimpah atas jalan....

Kalau tengok kadar hujan petang semalam..aku ingat memang aku dapat cuti darurat dah...huhuhuh..tapi arini..aku lalu..dah x de air-air tepi jalan tu...makanya...datang la juga aku ke PID arini de ngan jayanya....dan yang paling aku suka..arini adalah ari last training eservis...


Wednesday, July 1, 2009

Boleh Ke???

Posted by ezey at 11:45 AM 2 comments
Menarik ke PID ni dari pandangan mata orang luar????aku amats(amat tu harus di'plural'kan sbb wa manyak hairan) hairan..mungkin depa nampak cam seronok je dok dalam PID nie..boleh guna internet 24jam ikut suka hati mak pak ko...padahal dorang x tahu kisah di sebalik keindahan PID nie...bukan datang PID buka PID pastu tutup PID je...macam-macam kena buat...

sebab apa aku kata orang luar nampak PID ni menarik..sebabnya minggu ni dah 2 orang tanya aku nak praktikal kat PID...kalau ikut aku boleh je kan...kurang sikit beban keje aku..tapi kena la ikut prosedur dan kebenaran dari kementerian..dah PID bawah gomen...jawapan aku adalah..tunggu saya tanya kementerian dulu boleh ke x....

lagi ayat depa : tolong la kak..saya nk praktikal kat sini..dekat ngan rumah...
dalam hati aku :banyak cantik ...nak senang je ek korang..kalau boleh praktikal kat dalam rumah lagi korang suka kan...



meja pengurus..kad raya belakang tu saja aku x buang sebab saje nak tunggu sampai raya tahun ni lak..kakaka...baru la glamer dapat kad raya banyak...very the tradisionalkan.....yang penting air tu harus dekat ngan haku sbb kan i ni ber'HL'


Saturday, June 27, 2009

Fakta Or Auta...

Posted by ezey at 9:11 AM 2 comments


award dari zalia

Setiap blogger mesti menyatakan 10 AUTA diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya

first time dapat award..hahahah...tapi kena buat senarai fakta or auta....ahkak macam keje beiya-iya last week..caya x???aku amat sibuk ngan dunia lakonan yang biasa aku ngan MR selalu buat...sebab tu ai lambat nk buat menda alah ni....hari ni aku cuba list down semua fakta2 n auta...



1. aku adalah seorang manusia yang amat benci dengan makanan..tengok makanan pun mau muntah
(hakikatnya adalah aku dan makanan x dapat dipisahkan..bak kata pepatah melayu..ibarat irama dan lagu..kalau x de salah satu pincangla kehidupan aku..hahahahha...very the taw...)

2. seorang yang rajin mengemas rumah
(disebabkan kerajinan aku yang melampau..aku terpaksa hired orang lain datang kemas umah everyday..)

3. seoarang pengurus PID yang amat BIZI...sampai x sempat buat keje-keje lain...
(konon........hhuhuhu..pengurus2 PID lain.. korang ade ke sama macam ai ni...hahahhaha)

4. Adalah suka menyaving duwet...dengan kata lain x suka shopping
(hakikatnya setiap bulan..belen gaji aku rm 10 hengget....dok depan PC saje duit aku bolh habis )

5. Hangat-hangat tahi ayam almost semua menda
(yang ni memeng betul-betul okay...bukan cobaan)

6. Mempunyai badan yang slim terutamanya bahagian perut..very ke slim...
(hakikatnya..spare tyre dah makin bertambah...)


7. sangat suka mandi
(makin lewat mandi makin best...aku suka jimat air untuk coffee...hahahha..)

8. Adalah x suka cuti-cuti malaysia
(hakikatnya..kalau ade promo Air asia..mesti aku ter"book")

9. suka masak
(tanya zamila..sedap x aku masak ari tu??hahhahaa)

10. seorang yang pemalu
(Percayalah....gaya nyanyi lagu siti nurhaliza)

Anda perlu memilih 6 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda.
sapa yang bakal terima award...???? sharing is caring...

1. CT tim Kuala Nerang
2. Anne Vads
3.Dia Langkap
4. Kak Lynda Sg Pelek
bagi 4 je la.....yang lain2 tu mcm dah dapat je award...






Wednesday, June 24, 2009

Separa Lega....

Posted by ezey at 2:58 PM 3 comments
Hari ni rasa macam separuh bebanan aku dah lepas....ye kawan-kawan..aku dengan jayanya telah menghabiskan semua modul eservis...amik amasa 2 hari gak nak abiskan myeg, e-learning and e-dagang...seriously..amat-amat lega...kalau x ari-ari dok pikir bila nk buat training eservis..bila nak buat training..nak cari peserta la bagai...adoiiii

4 days to go...just focus on portal...rasa cam lama lagi nak abis..akan ku tabahkan hati nak laksanakan tanggungjawab ni...menu setiap ari ade la nasi campur dan air mineral..hohoho...so setiap hari aku akan melantak nasi dengan jayanya....

murid-murid..akhir training baru kita makan besar ye...

Monday, June 22, 2009

Happy Father's Day

Posted by ezey at 9:17 AM 0 comments
Tahun ni Hari Bapa sama tarikh ngan birthdayku....tapi xde pun celebration pape pun just makan-makan kt luar ngan my family...But this time was treated by my mom..thank you very much...so amat la bertuah sangat sebab boleh celebrate 2 in 1...so very the jimatkan...sesuai di musim-musim ekonomi merudum ni...hehehhhee

Apa-apa pun just wanna wish A Happy Great Father's Day to my abah....semoga di panjangkan umur dah dimurahkan rezeki..kami jugak yang untung...rezeki wajib diagihkan taw...

Wednesday, June 10, 2009

My Dinner Last Night

Posted by ezey at 12:03 PM 3 comments
rumah aku..acara wajib adalah dinner..sbb siang hari xde sapa kat umah..so malam je la baru makan together-gether..menu wajib adalah nasi bersama lauk pauk yang simple..

tapi malam tadi..menu dah berubah..biasa makan nasi tapi malam ni we all makan pulut durian...memandangkan durian ade banyak kat umah...hehehe..bukan amik kat dusun ke kebun..ladanga jauh sekali...tapi beli sebab harga durian tu murah sangat...beli kt siam...


dengan periuk-periuk hidang...malas nak bubuh dalam mangkuk punya pasal..dah balance-balance ni pulut ngan durian


Balance durian x abis..simpan esok la..buat tempoyak..sedap..
tapi letak dalam budu pun best..ke ada sesapa yang nak???

Thursday, June 4, 2009

Korang Rasa Tak Apa Yang Aku Rasa..

Posted by ezey at 4:03 PM 6 comments
Semenjak dua tiga menjak ni banyak sangat aku rasa..

1. Tahap kemalasan aku keje skang ni dah capai tahap maksima...
2. Rasa macam nak rehat sepanjang hari
3. haku geram ngan student-student PID ni ..mula-mula ajar semua paham konon..ala2 berlagak pandai gak la..bila aku suh buat je latihan mula la masing-masing sibuk nak panggil aku..dah nak kena ulang lagi sekali..masa aku tunjuk kali pertama semua main-main...tu boleh ku sabar lagi..masuk kali ke 3..aku dah mula buka mulut ala-ala cik kiah membebel...sedangkan aku dah bagi modul sorang satu..arahan sejibik sejibon dah dalam tu..ni la sikap malas dorang nak usaha..semua nak kena suap...kalau MYSPACE tu x yah ajar pun boleh pulak..gambar-gambar..blink2 lagi..gliter miter bagai...
4. tekanan nak buat eservis..nak cari peserta ni..semua sibuk je..alasan paling banyak aku dapat...6 hari x dapat la..kalau 1 boleh la kak..suka hati ko lah...
5. rasa cam nak cari keje lain..tapi haku sayang PID..hehehehe
6. bestkan kalau boleh tido ikut sukahati aku bila-bila masa...
7. Nak kaya (ni bukan baru rasa..tiap2 hari berangan nak kaya....)
8. nak bercuti pun ye....

banyak la aku rasa skang ni...tapi yang no 1 tu la yang amat-amat aku rasa skang...korang x rasa ke?????

Tuesday, June 2, 2009

Congratulations..

Posted by ezey at 11:04 AM 0 comments
entry saje nak wish both my lil bro (pija n pijan) coz dapat futher study. tapi nak komplen gak sikit..ntah pape usm ni..konon dapat title apex university..tp ada gak technical problem..ade ke boleh silap keluar list student yang berjaya..sian ngan budak-budak ni yang sebelum ni cek berjaya dapat usm..tetiba cek lagi sekali x berjaya...tu pun lepas parent komplen..baru kuar kenyataan kat paper kata technical problem...apa punya management daaa......

Sampai pija pun cuaks nak kena cek balik..sebab dia pun dah cek n berjaya dapat usm...siap dah antar borang-borang yang diarahkan untuk antar ke USM..ni pun lagi satu hal..cek result on 29 tp tarikh last nk kena submit on 31st..mana sempat..sudah la ari jumaat pantai timor cuti..tapi semalam recheck dia nyer date dah dilanjutkan ke 8th June.Tapi alhamdulillah semua dah setel..n dia pun confirm dapat USM course sains gunaan. daftar 27th June 2009.

and to Pijan congrate coz dapat 2 offer..matriculation n UPNM..x kisah which one do you choose..it's up to u...ko yang nak belajar...since u dah decide to go to UPNM..so abah..sila amik cuti dari sekarang..u need to tour malaysia..hahahha 27th June going to penang and 28th June going to KL....your route will be kelantan-penang-KL-kelantan...are you ready guys,....hahaha....tired lorrr.....

peta rujukan




and 1 more thing..jangan lupa duitnya sekali ye pak...



* gambar dicilok dari mr google...haku mana la ade duit banyak-banyak gitu...

Thursday, May 28, 2009

Haku Tension Ni....

Posted by ezey at 10:42 AM 2 comments
aku x tahu la orang lain macam mana..tapi...aku tension, tension, tension yang amat ni nak donlot semua modul-modul untuk eservis nie..sudah la banyak..pastu alahai nak donlod satu-satu punya la lembab macam siput...ni dah masuk minit ke 15..slide untuk donlod x kuar-kuar lagi..grrrrr.....pastu zaman bila aku boleh abis nk donlot 18 fail ni.?????x tahu la tenet lembab ke laptop aku ni bengong.......bila masa nak start training kalo gini...ces..alasan...kuikuikuikui







Friday, May 22, 2009

Tribute to....

Posted by ezey at 11:46 PM 5 comments
tribute to(..........) sila fill in the blank..nama baby xdok lagi..rasa macam nak buat entry loghat kg jah...ari ni janji ngan jaja nok tengok anok yunie...hoh..sampai2 umah yunie..siap kembey gantung weh..nk ngurut....apo las..seksi nyah....jaja suko la tu...tapi best la jupo saing aku nih...tolol supo mulo jugak..x berubah-berubah ..rugi weh yas mu x dok...recall balik kisah-kisah time skoloh-skoloh dulu...xdok la jahat sgt kita..nakal jah lebih..bak kato mimie..mujur kita x juruh mano..kalu dok mesti xdok benda nak ingat balik....

yunie, anok mu x serupo lasum ngan mu..sebutir-sebutir supo ayoh dio..tapi kira adil la alik atas serupo nagn iwe..bahagian bawah serupo mu..heheheh

saja letak entry ni..sbb yasma request suh letak gambar anok presiden KFC


Nama x dok lagi nie..sapa-sapa dialukan untuk bagi cadangan nok wi namo gapo puteri sore nih. sedap molek dio tido..

lagi gambar-gambar yang berkaitan..




boleh doh tu jaja.....ko ghano kata yunie???



bukti deh aku sapa umah yuni..tapi wok yos tu xse amik gambar sebab muko bulat...koya ala-ala artis sungguh yunie..nak slim dulu baru nk tubik TV...

jaja..pas sudoh x amik-amik gambar ngan yunie..koya lah ke lain banyak...

Wednesday, May 20, 2009

MC..

Posted by ezey at 9:47 PM 2 comments
Dah lama tak sakit..tapi minggu ni aku rasa minggu sakit aku..hari isnin haku dah amik cuti sebab demam..bukan saja-saja x nak gi keje..tapi dah rasa lemah seluruh tubuh ngan kepala sakit..nak drive pun x larat...terpaksa aku amik cuti sehari untuk rehat....dah hampir sebulan aku keje sorang kat PID..terasa jugak la kepenatannya...aku salute la kat azza,nunu and diana yang dah setahun keje sorang-sorang kat PID..lu orang memang kental beb...

Hari ni aku berkobar-kobar gi PID walaupun aku dah rasa mata macam rasa senak sikit masa bangun pagi tadi dan mata pun ala-ala kuar taik lak....tapi gigih gak gi PID...sebab semalam dah janji ngan student nak buat kelas ganti petang ni..Awal-awal pagi okay lagi..maintain..masuk je kul 11..mata rasa makin sakit..so i dcide nak gi cek kat klinik kesihatan depan PID..nasib baik dah x ramai orang menunggu cuma ade sorang akak je tgh dptkan treatment sebab jantung..kaki dia bengkak dah n perut dia buncit..tapi muka dia rileks je.macam x sakit pun.

Masuk check up semua..blood presure i cantik je bak kata pembantu kesihatan yang cek i..alhamdulillah..takut gak sebab selalu sakit-sakit kepala..skang bukan kira tua ke muda..penyakit suka je menumpang...you know what..i dapat MC for 2 days....for today and tomorrow..so tomorrow i'll have a good rest...

Terus balik PID kemas-kemas pape yang patut, shut down all PCs, x lupa HL ku kena bawa balik gak..sebab cuti direct kamis + weekend..harus kena ade bekal kat rumah..huhuhh...sharp kul 1.13 aku tutup dan apa lagi...balik la lor...nk tunggu apa lagi..b4 that sempat kol student to tell them class will be cancelled...kalau x sia-sia je datang PID..tgk2 tutup..sampai rumah baru kol PM inform aku MC sbb masa aku balik PM aku tgh break...

tapi rasa cam bersalah lak terpaksa tutup PID..sian user nak guna..tapi apa boleh buat..kesihatan aku pun penting gak..yer dok....conclusionnya minggu ni aku hanya keje 2 hari je setengah ..ahad ngan selasa full days..tapi ari ni aku consider keje gak sebab aku dah datang sampai tengahari even dah dapat MC...

Tuesday, May 19, 2009

Dia Sudah Sampai.....

Posted by ezey at 2:03 PM 0 comments
hehehehe...seminggu ku tunggu punya tunggu punya tunggu..akhirnya....hari ni baru sampai..tu pun pas aku gi pejabat pos tanya ada surat untuk ai x??..baru la PM cakap ade 3 surat n 3 parcel..hahaaha..glemer x ai..2 surat tu dari kementerian, 1 surat jemputan kawin..3 parcel tu... 2 parcel adalah toner yang aku order from miza lenggeng..dah sampai..tocey2 miza....dan...paling paling paling ku tunggu adalah parcel from puan zel....terima kasih daun keladi zel...pasni2 ku oreder lagi...kakakak..macam pantun lak raser..

jom skodeng....


bukti penerimaan...


jom buka..apa ada kat dalam tu..hehehe



tin cat???...tipu je la....apa jadahnya puan zel nak bagi tin cat...

aku keluarkan benda alah tu kasi clear sikit..


tadaaaa.....tu dia..HERBALIFE....

Sepatutnya program aku dah bermula ari ahad..tp ni dah ari selasa..memandangkan HL ni sampai lambat..haruskah aku postphone program ku ke minggu depan sajork????Apa pandangan uolss....???

Saturday, May 16, 2009

Selamat Hari Guru

Posted by ezey at 11:07 AM 0 comments
Selamat hari guru pada semua cikgu-cikgu..speacial to my ma and abah, Cikgu SRK Hamzah, SMK Dato AhmaD Maher, Matrik UUM, lecturer UUM, kawan kawan aku yang dah jadi cikgu..geng2 PID(kita pun cikgu gak kan..heehehehe)...dan semua cikgu-cikgu yang telah mendidik kami sampai berjaya penuh kesabaran melayan kerenah kami yang nakal yang amat...jasa cikgu akan kami kenang...TERIMA KASIH CIKGU.....hopefully next year will be my turn to celebrate teacher's Day..Amin...







Thursday, May 14, 2009

Kisah Diet

Posted by ezey at 10:47 PM 0 comments
Nak kurus punya pasal...aku sanggup abiskan duit..hahahaha...padahal aku adalah manusia yang jenis hangat-hangat taik kucing(sangat-sangat hangat ye kawan -kawan)...time nak kurus tu beria-ria beli macam- macam....last-last jadi projek gajah putih bak kata zel chaiyok..kul 11 malam tadi si MR ym aku,dah golek-golek gelak tengok entry zel...bukan main banyak preparation si zel nk kurus...MR suh aku listdown semua projek-projek gajah putihku..tp x sebanyak zel la...

kubeli dari 2 manusia yang nama tersebut di atas..last aku pun buat pekasam tapi sempat la abis sekotak..bila dah rasa kurus...aku kembali ke tabiat asal..huhuhuh



Scale ni mesti dah x larat nak tampung badan aku..kalau boleh cakap mesti dia dah maki aku sebab hari-hari kasi timbang...rasa cam nak beli digital scale lak..


Skipping ngan tali tape...skipping tu adalah 3-4 guna sejak beli tahu lepas..siap paksa adik aku si aida suh beli..nasib baik murah RM8 jer..



Lotion Pati halia Yusmira..dah selamat ku jadikan ubat sakit perut..2-3 hari je aku guna ikut niat asal..nak kempiskan perut..KONONNNNN(pinjam ayat zalia)



Sport shoes...x guna untuk joging sebab kawasan umah aku ni xde tempat nk joging..kalau joging kawasan umah aku..harus ade yang muntah tengok gegaran lemak aku..tapi amat berjasa taim aku gi travel..selesa je nak jalan-jalan...

ada lagi yang lain-lain..tapi x larat nak upload..hazab nak tunggu..lama sangat..


Tapi semangat tu datang balik ye..dia sudah mariiiii...aku dah ade kawan diet secara maya..sila bagi tepukan gemuruh kat zel chaiyok...we can do it..motif utama..nak buat kambek..jangan jeles ye Makcik Rehan...hahahahha(gelak setan)

P/s : masih menuggu parcel..hahaha...next week sampai la tu...harap-harap yang ni x jadi satu lagi projek 'gajah putih;..

Tuesday, May 12, 2009

al Fatihah

Posted by ezey at 10:23 AM 3 comments
Ezila Dearie...

Takziah atas kepulangan ayah cik su ke rahmatullah..banyak-banyak bersabar

and..

kawan-kawan semua, harap dapat hadiahkan fatihah untuk arwah ayah ezila..semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.


Sunday, May 10, 2009

Happy Mothers Day

Posted by ezey at 11:39 PM 2 comments
Just wanna wishing happy mothers day to my mom...u light up my life..not to forget to my kazen, my aunty,all my frens( you know who youu are...ramai sgt nak sebut satu-satu) and semua la yang bergelar ibu aka mak aka mummy aka mama..x kisah la apa pun juga panggilan..




Layan Lagu Aishah sat...

Syurga Di Telapak Kaki Ibu

Duhai apakah gerangan budi balasan
Bagi insan melahirkan, membesarkan

Bercucuran airmata bila mengenangkan
Betapakah besar budi ibunda berikan
Siang malam menderita
Hingga entah bila
Sungguh besar pengorbanan
Ibunda berikan

Tiada bahagia jika tiada
Doa puja restu
Syurga itu telapak kaki ibu

Wednesday, May 6, 2009

Mari Belajar menulis esei

Posted by ezey at 3:11 PM 4 comments
semalam dapat email dari kementerian suh buat esei..tajuk dia "kenapa anda amat memerlukan tandas"(tipu je)..xde tajuk sebenarnya dia bagi..tajuk bebas tapi berkaitan dengan kenapa awak nk sangat tandas kt PID...hanya beberapa PID bertuah je ye yang terpilih....korang agak2 ade ke orang xperlukan tandas kat tempat kerja...sudah la rumahku jauh dari opis..kalau tak boleh aku berlari-lari anak balik rumah..dapat gak kuar lemak-lemak degil nie...di samping lepaskan hajat....aku tension yang amats...asyik tumpang lepaskan hajat kt opis orang je...muka aku pun dah setebal kulit biawak..dah hilang rasa malu..wa terpaksa tebalkan muka...abis tu x kan nk tahan hajat..kang xpasal2 dapat penyakit..akak muda lagi tau....

siapa yang rajin..sila angkat tangan..tolong haku buat esei ni...

Monday, May 4, 2009

Hari Minggu Yang Penuh Alam Flora.....

Posted by ezey at 11:43 AM 2 comments
Walaupun 1 May hari pekerja..tapi keje x umah mana pernah ade cuti..ari ni aku ala-ala rajin sikit...deco balik kolam terbiar depan umah..ntah-ntah dah jadi sarang ulor..tapi nasib baik masa buang pokok-pokok yang terbiar xde yang keluar....sebenarnya aku suka gak gardening ni tapi tangan aku jenis 'panas'...hehehe...asal aku tanam je pokok pape..mesti x pernah nak hidup..tension akak taw....harap-harap pokok yang aku tanam kali ni hidup...(tipu...) bukan aku tanam pun..aku just salin pasu dari kecil ke pasu besar...ade ke tangan panas ke tangan sojuk..

Kolam Terbiar...

Sebelum...

Nampak tak sepah-sepah tu..memang macam lombong terbiar je kan....


Selepas....Tadaaaaa....





Okay la sikit dari sebelumnya kan...sila iyekan je ye....penat woooo.....
walaupun nampak sikit je perubahan..




Jom tengok hasil tangan aku lak yang malu-malu kucing nak hidup...


Kangkung yang kurus melidiyang dah berusia 2 bulan lebih ...
Sedangkan tukang tanamnya adalah aku yang sebesar batang balak...



Cili yang ala hidup segan mati tak mau....



Harap pokok ni tak alami nasib yang sama dengan yang di atas...
Semalam baru ku tanam...




Jadi disebabkan reason ni aku malas nak bercucuk tanam( hehehe..ayat karangan bahasa melayu darjah 6 )..bukan aku PEMALAS taw...hehehehhe

**Gambar baru snap petang semalam....

Saturday, May 2, 2009

Just For Makcik Rehan

Posted by ezey at 10:33 AM 1 comments
haku belasah je amik gambar sundri....
bentuk asal cardigan

aku malas nak edit sebab aku x mandi lagi...hahahah




Friday, May 1, 2009

Jom Nyanyi.....

Posted by ezey at 10:54 PM 4 comments
Kepada sesapa yang gagal KPLI....jom sesama ngan aku...kita nyanyi lagu ni..aku rasa macam best lak..tengok ade orang suh hayati lagu ni kat forum CARI......Lagu stacy lagi ko..jangan main-main...hehehehe....

jom mulakan...1,2,3...


Mau saja......­Aku melepaskan diri dan terus berlari
ikut saja....­kata hati yang berbisik meracuni
Boleh saja¡....ku turutkan kata hati yang ingin mencuba
GAGAL lagi¡....kamar kusedia terkunci

hayati lirik ini..

Wednesday, April 29, 2009

My Brute

Posted by ezey at 2:43 PM 0 comments
first time haku dengar my brute..very the out dated kan i...Ni semua angkara suki..dia ajar aku suh main game ni..tp best gak.....jom fight..ada berani????hahahahahaha

klik link kt bawah neh..

http://ezeycun.mybrute.com

Siapakah Kita Ini....

Posted by ezey at 12:05 PM 0 comments
haku kopipes dari email yang orang antar....sharing is caring..betui x kawan-kawanku...????

siapakah kita?? siapa... yaa..??

Siapakah orang yang sombong? Orang yang sombong adalah orang yang di beri penghidupan tapi tidak mahu sujud pada yang menjadikan kehidupan itu iaitu Allah Rabbul Alaamin, Tuhan sekelian alam. Maka bertasbihlah segala apa yang ada di bumi dan langit pada TuhanNya kecuali jin dan manusia yang sombong diri.

Siapakah orang yang telah mati hatinya? Orang yang telah mati hatinya adalah orang yang diberi petunjuk melalui ayat-ayat Qur'an, Hadith dan cerita2 kebaikan namun merasa tidak ada apa2 kesan di dalam jiwa untuk bertaubat.

Siapakah orang dungu otaknya? Orang yang dunggu otaknya adalah orang yang tidak mahu lakukan ibadat tapi menyangka bahawa Tuhan tidak akan menyiksanya dengan kelalaiannya itu dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya.

Siapakah orang yang kuat
? Orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahannya ketika ia di dalam kemarahan dan bukan yang suka/kuat bergaduh. Siapakah orang yang lemah? Orang yang lemah adalah orang yang melihat akan kemaksiatan di depan matanya tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu..rasa biasa je.redha je..sbb tak kisah pun...

Siapakah orang yang bakhil? Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yang berat lidahnya untuk membaca selawat keatas junjungan Rasulullah s. a. w.

Siapakah orang yang buta? Orang yang buta adalah orang yang tidak mahu membaca dan meneliti akan kebesaran Al Qur'an dan tidak mahu mengambil pelajaran daripadanya.

Siapakah orang yang tuli? Orang yang tuli adalah orang yang di beri nasihat dan pengajaran yang baik namun tidak diendahkannya.

Siapakah orang yang sibuk
? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a. s.

Siapakah orang yang manis senyumanya? Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang di timpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang menangis airmata mutiara? Orang yang menangis airmata mutiara adalah orang-orang yang sedang bersendiri lalu mengingat akan kebesaran Tuhan dan menyesal akan dosa-dosanya lalu mengalir airmatanya.

Siapakah orang yang kaya? Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa mengumpulkan harta.

Siapakah orang yang pandai? Orang yang pandai adalah orang yang bersiap siap untuk hari kematiannya kerana dunia ini berusia
pendek sedang akhirat kekal abadi

Siapakah orang yang bodoh? Orang yang bodoh adalah orang yang beriya-iya berusaha sekuat tenaga untuk dunianya sedangkan akhiratnya diabaikan.

Siapakah orang yang maju dalam hidupnya? Orang yang maju dalam hidupnya adalah orang-orang yang senantiasa mempertingkat ilmu agamanya.

Siapakah orang-orang yang mundur hidupnya? Orang yang mundur dalam hidupnya adalah orang yang tidak memperdulikan akan halal dan haramnya akan sesuatu perkara itu.

Siapakah orang yang gila itu? Orang yang gila itu adalah orang yang tidak solat kerana hanya dua syarat saja yang memperbolehkan akan seorang itu meninggalkan sembahyang, pertama sekiranya ia haid dan kedua ketika ia tidak siuman akalnya.

Siapakah orang yang rugi? Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikkan.

Siapakah orang yang selalu ditipu? Orang yang selalu di tipu adalah orang muda yang menyangka bahawa kematian itu berlaku hanya pada orang tua. “rileks la.nanti tobat la.tak puas enjoy ni.bukan senang nak hidup macam ni”..

Siapakah orang yang paling cantik? Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya..

Siapakah orang yang mempunyai akal? Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.



Monday, April 27, 2009

NuffNang...

Posted by ezey at 10:34 AM 0 comments
Semalam aku register kt nuffnang...nk duwet gak le...asyik-asyik tengok orang lain je yang buat duit...heheheh...mcm mana nk bagi dapat duit manyak macam orang lain...skang ni baru terhegeh-hegeh nak study..sesape boleh tolong....ajarkan tak????....hihiihii

Sunday, April 26, 2009

i'm alone...

Posted by ezey at 2:09 PM 0 comments
Start arini..aku officially keje sorang kat PID..asssitant haku dah resigned..dia dah dapat keje baru yang tetap..jadi jangan sesapa ajak haku bercuti dalam masa terdekat ni hoccay.....

Monday, April 20, 2009

Posted by ezey at 10:08 AM 0 comments
Day 4 ( Last Day )

Today kami akan balik semula ke KL..flight kul 325pm...pagi tu sempat lagi ke pasar baru..kali ni kami semua jalan kaki je ke pasar baru..dalam 10-15 min je jalan kaki dari hote ke pasar baru...masa nk lintas jalan..tetiba ade satu motor tu laju sangat...n u know what..dia terlanggar mak aku...jatuh gak la mak aku..nasib baik x de pape..budak yang langgar tu dah cuak n minta maaf kat mak aku sebab memang salah dia..langgar orang kt zebra crossing..malas nk panjang-panjang citer maka aku biarkan je..sbb ada polis datang..sian gak ngan buadak tu...xpe la..tp semangat nak ke pasar baru tu tinggi lagi..hahahahah...benda utama yang dorang nak beli adalah kain lace..mak aku la beria sangat nak beli kain lace....dari semalam lagi dok suh aku beli..pastu siap pesan kt kezen aku suh tolong belikan...gigih dia nk tengok aku kawin..hahahahah..Kak Ja, Kak Mah, Teh pun tumpang sekaki la semangat tu...depa pun beli skali...theme color yang sama..korang tunggu je la sampai timenye..;p....dah kul 1030am balik hotel siap2 nak check out nk ke epot...kul 1230pm supir datang untuk antar weolls ke epot...in between sempat lagi singgah kartika sari beli brownies...

saat paling mendebarkan masa nk check in kat epot...masing-masing dah overload..masa shopping x ingat..last-last kena gak bayor excess baggage 14kg bersamaan RM 280..hampeh...ni la cara AA buat duit...kul 630pm sampai LCCT KL..malam kul 1030pm family haku balik terus ke kelantan..aku tinggal KL dulu sbb esok pagi ade exam kat UIA..tido umah kak mah kt gombak...wish me luck exam...aku ni asyik exam je..xpernah lulus... hmmmmmm....zzzzzzzzzzz


Bye-bye Bandung...



TRip To Bandung

Posted by ezey at 9:29 AM 0 comments
Day 3

Ari ni plan ke pasar baru lagi skali sebab ari tu x puas belanja kat sini..pas breakfast..ada lg 45 minit nk tunggu supir datang..me ngan kak mah jalan2 sekitar hotel tu...budak2 selamber je tido tepi-tepi jalan...kete lalu lalang pun x sedar...kesian sangat..last-last aku n kak mah decide untuk jalan kaki je ke pasar baru..the rest tunggu supir datang pick up kat hotel...sementara tunggu pasar baru buka tengok gak barang-barang yang jual kakt kaki lima..benda sama je kt dalam pasar bar..tp harga mmg beza...kat luat dr murah..pasar baru lum buka ..duit dah ribu-ribu abis..hahhaha...

seharian kat pasar baru..macam-macam beli...batik, kerepek pisang(sedap sangat)...kain pasang, busana muslimah..harga very cheap compared ngan kt KL...berganda-ganda bezanya...today we had lunch kt Dapur Sangkurian..view cantik..mak aku berangan nk buat gazebo ala-ala kt dapur sangkuriang..jenuh la ngambik gambar konon nk buat contoh..senang nk tunjuk kat tukang umah nanti...ikan gureme x pernah missed setiap kali meals..dah mcm jadi kewajipan..petang continue shopping kat FO jalan Chihamples...betul ke x aku eja nama tempat tu..lantak la..belasah je..bukan ade mrkah pun...sebelum balik otel drop by jap kat spa evergren..kasi urut-urut sikit kaki..sian dia kerja keras 3 hari...losyen putih pun dah jadi hitam..heheheheh...sape tu???.balik2 je hotel cam biasa la..sesi review kewangan..ada yang dah abis rupiah...aku jadi money changer yang x bertauliah sbb ade lagi rupiah..so boleh la tukar sket2..boleh la buat bekal esok pagi sebelum balik....

Jom Makan.....yummy...

Sunday, April 19, 2009

TRip To Bandung

Posted by ezey at 4:59 PM 2 comments
Day 2

Kat sana masa awal sejam dari malaysia..kul 430 dah subuh...yang kelakar..ada gak la siap sembahyang subuh kul 330 pagi..lupa punya pasal....ingat dah kul 4...jam still ikut waktu malaysia..apa lagi pagi tu masing-masing siap awal..janji ngan supir amik kul 830...kul 7 dah turun breakfast..jenuh nk menunggu supir datang...apa lagi posing-posing dulu la kat laman otel...kul 830am ke Tangkuban Parahu...udara nyaman bangat...sampai puncak kul 930..tengok kawah gunuh berapi jap..pastu kul 10.30 weolls dah gerak turun ke bandar bandung balik..x tahan la..ramai sangat paparazi kat sana yang ngekor..nk jual barang masing- masing...amat merimaskan hocay..nak tengok permandangan kat sana pun x senang..dengan bau belerang yang menusuk hidung..kalau aku je ke bandung..memang sah2 aku x kan pegi tangkuban trip kali ni..tapi sebab yang lain-lain baru 1st time samapi..pergi la gak ke sana..bila orang tanya leh la ckp...hahahhahah..

Gambar sekitar Patradisa Guest House

Ingat on the wat turun dari tangkuban parahu nak singgah makan kat Kg Daun..orang cakap view dia cantik...tp dah awal sangat turun..makanan belum tersedia..terus ke rumah mode...one of Factory Outlet...kt sini little bit mahal la compared to others FO...but the interior marbelles..cantik depa design...lunct at Pak Chi Met...sedap garume bakar...kalau tempat kita garume dikenali as talapia hitam...pas makan antar my parent to hotell...orang tua x larat nk ikut tenaga orang muda...kami yang muda belia..terus jelajah FO-FO lain sampai lebam...start dari grande, jetset, donatello n semua la factory outlet sepanjang jalan tu..aku pun dah lupa..malam zzzzzzzzzzzzz...b4 tat..kira duwet dulu..kang besok boleh shop till drop..

klik-klik di tangkuban parahu

senyum je dapat shopping


Apa dalam paperbag tu????... i'll uplod...
 

It's My Life Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review