Friday, April 30, 2010

Mimpi Di Siang hari

Posted by ezey at 11:44 PM 0 comments
Dah lama rasa x tido siang hari
kalau hari kerja..sah2 la dok opis disiang hari
hari cuti lak..kena jaga kedai..hohoho
gigih keje 7 hari seminggu
time vacation..tido di siang hari adalah satu kerugian
dan..
dengan jayanya arini aku tido dari jam 4.30ptg sampai 7.30 mlm
tanpa gangguan
sampaikan siap mimpi..

mengong siang hari boleh mimpi hantu
kisahnya
aku kat laman umah waktu tu dah malam..
tapi x sure jam berapa
nak angkat kain di jemuran
ditemani abah aku
tengah-tengah dok angkat kain baju
tetiba aku nampak kereta aku tetiba bergerak sendiri
macam nak langgar pasu bunga...
terpikir gak pasal lupa angkat handbreak ke apa
macam x logik..kereta dah di parked sekian lama
baru skang nak bergerak...
pastu aku gi tengok dekat2 sikit kasi celar..
sebab dari jauh x anampak sesapa dalam tu
dah dekat ngan kereta..
sekali tengok abah aku ada dalam tu
berdebar siot...
ade 2 orang rupa sama...
mana satu abah aku...
x sempat nak pikir...
terus naik umah citer ngan ma..
cakap umah kita ade hantu bagai
rupanya da dah tau lama...
saje diam kan diri...
macam real je rasa...
bangun tido berpeluh-peluh
disebabkan
mimpi + cuaca malaysia skang ni yang sememangnya panas
haruskan aku pasang aircond dengan duit yang tetiba ada dalam akaun
(walaupun x sebanyak duit yang terpijak masuk dalam akaun MR)
MR dah decide ke nak beli beskal or DSLR??hohoho

padahal semua ni mimpi....
ni la pdahnya tdo x ingat dunia...

Thursday, April 29, 2010

YANG DITUNGGU DAH TIBA

Posted by ezey at 2:29 PM 5 comments
dari jauh nampak abang posmen bawak bungkusan
haku dah boleh bajet apa yang sampai
hhohoho
4 hari baru sampai
bungkusan jauh dari selatan....

4 hari baru sampai walaupun guna pos laju..
apa ke lembab punya services..


ni bukan makanan atau nasi berlauk yang dipos okay...
3DFC..muahahahaha


inilah isi dalamnya
Bisnes kad haku..
tempah dari farhana labis..
sape2 yang nk tempah sila hubungi beliau di sini
aku pun boleh jadi orang tengah ((hahah ana bagi komisen boleh)


Kasi close up sikit..walaupun gambar ala2 parkiinson..
dengan harapan korang nampak dengan jelas..
apa lagi di tunggu
moh le kiter..



Apa Ada ari kHamis

Posted by ezey at 9:10 AM 2 comments
dah sah2 la kena pakai batik kan2 janet..
lagi satu yang best
bermula minggu depan
semua kakkitangan gomen yang bekerja di
KELANTAN, T'GANU dan KEDAH
akan pualng ke rumah seawal jam 3.30pm
tapi ahad ahad kita akan rehat seperti biasa
1 jam..jangan lebih2 okay...
harap maklum
Sekian terima kasih...

kita minum dulu....



** akak suka....pid mesti termasuk sekali kan..tp kita lom dapat circular...


Wednesday, April 28, 2010

Pembahagian harta Pusaka

Posted by ezey at 9:36 AM 0 comments
Semalam secara tia-tiba jadi hari pembahagian harta
Bukan harta mak aku adik beradik..ataupun harta ahmad albab
ini harta arwah tok ayah ngan arwah abang dia punya harta ..

disebabkan dua-dua dah xde (alfatihah untuk dorang)
Maka semalam tetiba kezen ma datang nak buat pembahagian tanah siap bawak ngan SO tanpa perbincangan semua
Depa datang dah siap-siap nak tanda tanah dorang nak..
yang tu x kisah..suka hati depa la nak pun sebab hak masing2 kan..
tapi yang rasa ralat dorang x ikut amanah yang orang-orang tua dulu bagi
dengan alasan
depa rugi la sebab depa dapat tanah belakang...
sedangkan selama ini masing-masing dah tau yang mana hak ayah masing2...
nasib tok 2 beradik je...
ada sedikit bantahan dari pihak anak tok ayah..
dah tu baru la Suruh SO tu buat balik pelan..
So sekarang semua dah dapat hak masing-masing

cuma yang sedihnya kezen ma haku nak jual tanah depa dapat
macam xde rasa sayang ngan tanah tu..
patut la depa beriya2 nak bahagikan tanah tu cepat2...
suka dorang la...
hak masing-masingkan

yang penting ma adik beradik terima je seadanya
harta dunia x kemana-mana
rezeki semua dah ditentukan..

i'm proud to all of u
( Ayah, ayah mud, mek, ma, ayah wel, cik sah n sue)...
bukan harta benda je rezeki..
anak-anak, sihat tubuh badan, kebahagiaan juga adalah satu rezeki...

Tuesday, April 27, 2010

Air oh Air....

Posted by ezey at 12:23 PM 3 comments
air oh air
PID dah hampir sebulan x de air.
kalau nak buang kecilnya..
kena angkut air dari luar bawak masuk
sungguh hazab
nasib xde chery berry...
kalau cherry berry...
harus aku EL...
lantak ler..
tutup pun tutup la PID


air oh air...
bukan stakat PID je xde air
ni kat rumah pun dah 4 hari xde air..
huwaaaa....
baju dah 1 bakul penuh....
mandi kena limit..sudah la musim panas..
jimat air untuk chery bery...

air oh air
yang bagusnya..
hari-hari makan luar
sampai x tau nak order apa dah
3DFC menyelamatkan haku...
kalau x mesti rambang mata nak order apa...
last2 mintak yang dah ari2 makan...
tapi..larat ke komer nk ngadap makanan luar berhari2...

Air oh air...
Kelantan water
bila mau fix problem nie...
kami sedut air dalam tanah
bil letrik melambung2..


Monday, April 26, 2010

Normal atau penyakit....

Posted by ezey at 10:16 AM 4 comments
aku x tau benda ni normal atau satu penyakit
x pernah alami sebelum ni
tapi bulan ni utk pertama kalinya berlaku...
Period 2 kali sebulan dan gapnya hanyalah seminggu je...
korang pernah tak jadi macam ni
aku dah dah beberapa orang tapi bukan doktor dan x jumpa doktor pun..
jawaban biasa "mungkin disebabkan hormon atau terlalu penat"
tapi mungkin ke gap hanya seminggu antara period pertama dan kedua..???
seperti biasa emosi dalaman x stabil b4 period..
adalah sangat x suka situasi emosi x stabil..
bulan ni 2 kali emosi x stabil
bila emosi x stabil mula la rasa macam..
tapi nasib baik emosi dalaman je..x melibatkan orang lain....


*situasi sekarang risau tapi malas nak jumpa doc..so buat masa skang aku buat-buat x tahu je masalah ni...tunggu bulan depan lak....tgk mcm mana lak...

Saturday, April 24, 2010

Sesi Melangsai Hutang

Posted by ezey at 9:18 PM 0 comments
Sesi melangsai hutang TAG Puan Ila aka hatimamma
Sib baik sonang yo...hehehhe

1. Go to your photo files, select the 8th photo folder.
2. Select the 8th photo in that folder.
3. Post that photo along with the story behind it.
4. Then challenge 8 blogging friend to do the same.

step 1 dan 2:


Pilih Folder ke 8 dan seterusnya gambar ke - 8..

jeng..jeng
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
step 3 : letakkan gambar tersebut bersama kisahnya .


perlu ke nak citer kisahnya..
tengok gambar pun dah tau kan..kan..kan...
gambar masa konvo adik Mohd Hafizal Bin Zainuddin
tarikh seperti yang ade kt gambar tu...
sekian terima kasih...

Step 4 :
jemput kengkawan join sekali TAG nie...
sat nk pikor sapa yg bernasib baik...
Tunggu...

1. Imma K.Kurau
2. Rozdia Lngkap
3. Zura Merry Go Round
4. Nina selama lamanya
5. Amy Sweetdarling ( 1st time tag amy..hehehe)
6. Nita Besut
7. Da Kuala Krai
8. Azrin Sg Pelek..rin..aku tau ko mesti byk masa lapang kan..kan..kan...
dan kepada sesiap yang rajin..sila jagan malu2 ye...amik je tag nie


Yang lain-lain aku x tagged sbb korang dah ditagged..hehehe




Wednesday, April 21, 2010

cotton

Posted by ezey at 10:01 AM 2 comments





Align Center



Tuesday, April 20, 2010

happy to have this...

Posted by ezey at 9:22 AM 0 comments
Seronok sebabnya aku dah merembat dah berjaya menghabiskan duit untuk mendapatkan benda alah ni....lepas ni xyah dah aku nak tunggu depan TV ari selasa malam atau pun siaran ulangan ari jumaat....ahaksssss..sebabnya cuba tengok apa yang dah ku rembat...kawan-kawan sila jeles okay...


1. DVD Desperate Housewife Full set of season 6..
2. Prison Break - Complete season
3. Sex in The City - complete season

**Bila masa nak tgk x tau..tp xpe la..yang penting ade...

Thursday, April 15, 2010

I'll Be Away

Posted by ezey at 12:30 PM 0 comments
i'll be away for 4 days..anything important just leave a msg/email...
ahaks....agak perasan disitu konon ramai yang akan mencari...
see u next weeks...

Tuesday, April 13, 2010

Motivasi di Hari Selasa...

Posted by ezey at 12:27 PM 0 comments
Jom teruskan berblog dengan harapan menjana 16k.....heheehehe


Jadi mewah tulis blog

Oleh Siti Zarinah Sahib
sitizarinah@hmetro.com.my
2010/04/13

SIAPA sangka bermula dengan hanya memiliki blog peribadi serta menulis sekadar mengisi masa terluang, Mira Abu Bakar, 35, kini berpendapatan melebihi RM10,000 sebulan hasil daripada menulis blog.

pix_middle
pix_topright
Malah dengan pendapatan itu, dia mampu membeli barang berjenama mewah serta bercuti ke luar negara seperti Paris dan London. Mira juga tidak malu mengakui yang segala keperluannya daripada hujung rambut hingga kaki ditaja syarikat pengiklan. Malah kini pengunjung blognya sudah mencecah lebih empat juta orang dan di kalangan penulis blog, nama Redmummy.com menjadi blog peribadi paling popular dan menerima komen terbanyak daripada pembaca.

Namun menurut ibu kepada dua anak iaitu Shameel, 9, dan Melysha, 6, untuk berada pada tahap sekarang tidak semudah disangka. Ini kerana sebagai penulis blog dia terpaksa mengorbankan banyak tenaga dan masa untuk dikenali seperti sekarang.

Bercerita pembabitan awal dalam penulisan blog, menurut Mira dia menulis hanya sekadar suka-suka, seperti sebuah diari tetapi diadaptasikan secara online. "Ketika itu saya menjadi peserta akhir untuk rancangan Fear Factor Malaysia pada 2005. Saya diminta makan testikel kambing dan badan digantung terbalik di Jambatan Putrajaya."Ketika itu setiap memori indah dalam Fear Factor saya coretkan dalam blog. Lama-kelamaan menjadi kemestian. Ketika itu blog peribadi masih belum popular dan saya antara pelopornya," katanya.
Menurut Mira, dia langsung tidak pernah terfikir menulis blog boleh menjana pendapatan sehinggalah suaminya Ami Shamril Kamaruddin, 35, mencadangkan agar Redmummy.com mendaftar di bawah Nuffnang.

"Saya memang tidak sukakan iklan, tetapi kerana terpengaruh dengan suami saya lakukan juga. Hasilnya selepas tiga tahun menulis dia menerima pendapatan pertama daripada Nuffnang berjumlah RM90. Diikuti RM150, RM300 sehinggalah sekarang mencecah RM10,000 sebulan.

"Memang saya sangat teruja ketika itu. Tidak sangka menulis boleh mendapat duit walaupun jumlahnya kecil," kata Mira.

Pendapatan pertama menyebabkan Mira semakin bersemangat menulis. Menariknya, blog Mira menceritakan mengenai apa sahaja. Bukan hanya menjurus kepada pengalaman peribadi tetapi termasuk panduan keibubapaan, solekan, fesyen, perhiasan seperti beg tangan, anting-anting juga ulasan filem, konsert, teater serta majlis anugerah seperti Anugerah Juara Lagu (AJL), Anugerah Skrin dan Anugerah Bintang Popular.

"Inilah antara rahsia mengapa blog saya mendapat ramai pengunjung. Tambah pula pembaca tidak terhad kepada kaum ibu saja tetapi terdiri daripada pelbagai usia dan latar belakang," katanya.

Jika dulu, Mira hanya mengharap kepada iklan Nuffnang tetapi kini kerana populariti, Mira juga dijemput untuk menghadiri pelbagai acara perasmian produk terbaru seperti susu, alat solek, pakaian, salun dan spa sehinggalah alat teknologi seperti kamera dan telefon bimbit.

"Selepas menghadiri acara ini, saya diminta membuat ulasan mengenai produk yang saya gunakan di dalam Redmummy.com. Setiap ulasan yang saya keluarkan di dalam blog adalah berbayar," terang Mira yang menerima RM100,000 untuk ulasan iklan sepanjang tiga tahun menulis blog.

Dengarnya memang menyeronokkan, tetapi ujar Mira sejak menjadi penulis iklan masa tidurnya sudah tidak menentu. Ini kerana pada masa sama, dia juga bertugas sebagai Eksekutif Setiausaha di sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur City Center (KLCC). Sebagai setiausaha, sudah tentu dia terpaksa mendahulukan tugas di pejabat kemudian barulah mengemaskini blog peribadi.

"Selepas waktu pejabat biasanya saya menghadiri majlis pelancaran produk sekiranya ada, waktu malam baru saya mengemaskini blog. Ada kalanya sehingga jam 3 pagi," akuinya.

Menurut Mira, dulu dia hanya membuat satu catatan saja sebulan. Tetapi sejak tiga tahun lalu dia semakin aktif menulis dan mengeluarkan lapan penulisan sehari secara penerbitan auto. Malah ada mencecah 10 catatan sekiranya ada ulasan untuk iklan.

"Saya perlu banyak idea untuk menghasilkan penulisan pelbagai. Saya juga tidak menggunakan bahasa Melayu baku dan menggunakan bahasa sendiri untuk mendekatkan diri dengan pembaca," katanya.

Oleh kerana kemeriahan serta kepelbagaian corak penulisan menyebabkan redmummy.com menerima anugerah Top Parenting Blogger untuk blog berbahasa Melayu anjuran Nuffnang serta memenangi Blog Idol pada 2006 disebabkan keceriaan blog bertemakan merah.

Mira juga mempunyai orang kuat iaitu Geng Blog Merah seramai lima orang dan mereka inilah yang akan menyelaras program anjuran Redmummy.com. Antaranya Hari Keluarga Redmummy.com yang diadakan di Putrajaya tahun lalu.

"Antara aktiviti yang dijalankan termasuk sesi perkenalan, permainan untuk kanak-kanak, sukaneka dan sesi menikmati makanan yang dibawa oleh semua pembaca blog Redmummy. Ini juga sebagai penghargaan kepada pembaca setia yang tidak putus-putus memberi sokongan kepada Redmummy.com," kata Mira.

Tambahnya, aktiviti ini mampu mengeratkan hubungan pembaca blog Redmummy.com dan secara tidak langsung menunjukkan penulis blog juga mempunyai pengaruh tersendiri terhadap khalayaknya.

Kebanyakan pengunjung setia blognya juga mempunyai blog peribadi. Ada yang bertanya bagaimana menjana pendapatan dengan menulis blog. Mereka harus mempunyai semangat yang kuat serta tidak kenal erti putus asa.

"Paling penting menjadi penulis blog tegar perlu mendapat restu suami, ini kerana banyak masa dihabiskan di hadapan komputer. Jadi jika suami memahami, segalanya akan menjadi mudah.

"Bagi suri rumah mungkin mereka boleh melakukannya pada waktu siang selepas membuat kerja rumah. Jangan sehingga asyik berblog menyebabkan rumah tangga menjadi kucar-kacir," katanya.

Sekiranya dalam masa setahun atau dua tahun masih tidak menerima sebarang pendapatan, baginya itu perkara biasa kerana menulis blog memerlukan kesabaran tinggi.



**dipetik dari harian metro...


Friday, April 9, 2010

A Picture Tells a thousand Words..

Posted by ezey at 1:19 AM 0 comments


Thanx to My Lil Sony Ericson W810i
4 pictured these moment





**bilakah aku akan miliki kamera besar..hhuhuhu...

Thursday, April 8, 2010

Sedikit Semangat...

Posted by ezey at 4:39 PM 2 comments
hhehehehehe.
saja nak kasi naik semangat Geng PID baru dapat claim
"Jom Menggedik Ke Bandung"
intro dulu eh....
kasi letak gambar huduh dulu....



lain2...sabar...

** saje kecikkan gambar....kang besar2 korang makan hati lak...

Wednesday, April 7, 2010

Tahniah kepada semua kakitangan POS

Posted by ezey at 11:29 AM 0 comments
Tahniah pada PMku yang merangkap kerani merangkap pembuka pintu pos kalau ku nak gi toilet...ngan satu-satunya posmen yang ade kat sini...dakak-akak pos yang selalu tumpng aku mai Kuala Balah kena ganti PMku yang kena kursus/cutii di atas penyelarasan dan kenaikan gaji...sepatutnya benda ni dah lama dibuat..kesian dorang keje macam hapa..gaji ciput..xde dorang nak bising-bising..cuma bisik-bisik belakang je..Pn Zel..mesti tengah senyum melebar skang nie....

Tuesday, April 6, 2010

Aku akan berpindah.....

Posted by ezey at 11:37 AM 2 comments
suspen x ?????hhaahha....tp bukan pindah keje hocay..jangan risau..ku masih setia di sini...
so apa yang berpindanya????

1. impianacollections.blogspot.com akan berpindah link ke ezeycollections.blogspot.com( ala2 nak glemerkan diri kan..wahahaha..korang yang dah link ke impiana tu..sila betulkan ke ezeycollections la eh...jasamu dikenang)


2. kepada penduduk machang..kedai haku akan berpindah ke jalan machang -Pasir puteh lama(depan jamada sport)..bukan lg di highway machang-PP...nama still remain ezey collections..

3. aku akan berpindah ke rumah sewa mulai minggu depan.


sekian, terima kasih...

Thursday, April 1, 2010

Akhirnya

Posted by ezey at 10:35 AM 2 comments
Akhirnya...
grad jugak lu bro dengan jayanya...
congratulations...



AND..AND..
.
..
..
.
.
.
.
.
.
.
.
WELCOME TO THE REAL WORLD...
 

It's My Life Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review