Monday, January 25, 2010

Hari Ke-2 Di Bangkok

Posted by ezey at 4:03 PM 0 comments
Memandangkan kat bangkok masanya lebih cepat, seawal kul 5am waktu bangkok kami dah bangun untuk aktiviti hari ke dua. Kul 6 pagi dah breakfast yang disediakan oleh oleh.Plan utama arini adalah nak ke Floating Market. Kami dah bertemujanji dengan seorang driver teksi yang boleh berbahasa inggeris Mr Somchai. Tepat jam 7 pagi dia dah sedia menanti kami untuk bergerak ke Floating Market yang berada di luar bangkok bak kata Somchai. Memandangkan arini adalah hari sabtu yang merupakan hari minggu di sani, jalan agak sedikit kelam kabut dengan kereta, tuk-tuk dan motorsikal. Tetapi hanya 15 minit je sebab selepas tu, kami terus masuk highway.Mana-mana negara pun highway mesti la clearkan...heheheh...Jarak dari Bangok nk ke sana x pasti la..tapi mengambil masa lebih kurang sejam setengah untuk sampai ke sana dengan kelajuan x kurang 120km/j..kata jalan kecik pun sama macam tu..kalau highway lagi laju la..aku asyik tengok meter dia je..sebab terasa macam laju benor dia drive. Sepanjang perjalanan ke sana ada satu kawasan lapang macam sawah padi kosong..terasa jugak pelik, kenapa tanah tu terbiar kosong, sedangkan thailand merupakan antara pengeluar beras terbesar,rumput semua tak ada, kosong sekosongnya.cuma nampak petak-petak terisi air je.. Bila tanya pada somchai, rupanya itu tempat pemproses garam. Haram sebelum ni aku tahu macam mana proses garam, Ingat hanya penapaian garam laut je.

Lebih Kurang 845am, kami sampai ke point untuk naik bot ke Floating Market. Harga untuk seorang ialah 600Bath bagi pakej 1 jam. Untuk pakej 2 jam pula, dorang caj 800bath/person. Agak mahal tetapi bayar je la, bila lagi nak tengok keunikan tempat orang. 1 bot tu hanya kami bertiga je sebab tak de tourist lain. Lebar sungai tu lebih kurang 50 meter je. Anggaran mengikut kepala yang yang cukup-cukup makan subjek maths.

Sepanjang Sungai tu, macam-macam jualan ada termasuk cenderahati, pakaian, ukiran, kraftangan dan yang paling best buah. Kitorang hanya beli buah je jambu madu, jambu batu, nenas potong, jambu potong. harga memang x yah citer la..murah sangat-sangat. buah je la barang lain lagi mahal kalau nak di bandingkan dengan kat bangkok. Satu lagi yang murah rempah safron. tak pasti sama macam kat tempat kita ke tak. Nama sama cuma rupa bentuk macam lain, Kalau kat tempat kita saffron dia macam tembakau sikit rupa dia, tapi kat sini dia macam seeds bunga..beli la juga safron tu sebab murah sangat-sangat. dengan kuantiti macam tu kata sana baru 100bath, kat sini mau RM60. Belum cuba lagi guna saffron dari thailand. kalau dah guna, nanti ku khabarkan sama ke tak hasil dia. Kalau Nak membeli, cakap je ngan orang bot tu nak stop. Tu kalau nak membeli kat kedai-kedai tepi sungai, tapi kalau nak membeli kat bot-bot tu je, just panggil bot peniaga tu datang kat tempat kita.

Sekitar Floating market

Lebih kurang sejam suku, kami balik semula ke point tempat naik tadi. ambil gambar lebih kurang, terus balik ke bangkok. Sebelum tu sempat jugak la singgah kat tempat orang jual ikan yang dah dipacked. Macam ikan rebus je aku tengok..tapi mungkin dah ditambah dengan pengawet untuk tahan lebih lama. Sebenarnya nak berenti tempat orang buat garam tapi somchai cakap x boleh tapi dia x cakap lak sbb apa x boleh..Nak tengok orang buat gula tradisional pun x boleh jugak sebab kena menyeberang jalan dan kami pun malas nak melintas jalan besar tu siap nak kena langkah devider tinggi tu..

Dah semua tak boleh, Somchai bawa kami ke tempat "Gems Gallery International Manufacturer". Kat sini ada macam-macam jenis gem, dari semurah-murah hingga ke mahal-mahal sampai puluh-puluh ribu, mungkin ratusan pun ada kot untuk setiap gems yang berlainan jenis. Aku just Beli gelang je satu, bagi hadiah kat my mum..Kat sini photo are not allow. Kami amik gambar kat luar je la. apa nak buatkan...dan setaip tourist akan dibantu oleh staff mereka mengikut pilihan bahasa yang kita nak. Sayang, bahasa melayu tak de tapi bahasa indonesia ade lak. kalau korang pandai jepun boleh la request translator jepun..hehehe...Rasa-rasanya kalau korang gi bangkok, mesti teksi driver suh korang datang kat gem gallery ni sebab dorang akan dapat kupon untuk minyak. kalau tak silap 300bath sekali bawak tourist. Siapa tak nak kan...kan...kan...tapi untuk tourist, dorang provide juices and carbonated drinking water...ikut suka la nak minum banyak mana pun..pilih la nak air apa..semua free....


Gems Gallery

Sekejap je pun kat gems gallery tu sebab tak berminat sangat, Then terus ke Bobae Market. Ini lagi satu tempat jualan secara borong. cuma kat sini beli 3 helai je dah dapat harga borong, tak payah nak beli sekodi macam kat tempat kita. Kalau ikutkan buka semuanya local product, banyak juga product yang dari cina kat situ, kat sini beli la jugak baju 3-4 helai. Lunch kat food court Bobae market. Takde Pilihan lain, sedap ke x sedap ke..makan je sebab 1 gerai je ada untuk halal food..kepala dah pening sebab panas..Ambil cab lain balik hotel sebab service somchai just for halfday only. Dorang amik 200bath. teksi driver tu cakap sebab jammed..lantak la..sbb malas nak pikir. Dapat balik bilik.lega rasa..mandi,solat, rehat jap..lebih kurang kul 5 kuar lagi gi kat Platinum Mall sebab semalam pegi kedai mostly nak tutup..pusing 2-3 lorong, tengok barang-barang sama je..so we decide to MBK plaza. sebenarnya dekat je, lebih kurang 20 min je kalau jalan kaki tapi sebab nak rasa naik tuk-tuk..kami save energy dengan naik tuk-tuk je...Harus diingatkan kalau nak naik tuk-tuk..better deal dulu harga sebab dorang ni suka-suka je ketuk harga kat orang luar..Dari Platinum mall kami just Bath50 je atau bersamaan RM5..Okay la..sebab ada akak dari KL jugak citer kat kitorang dorang main naik je tuk-tuk.bila dah sampai..dorang suh bayar 250bath nak ke MBK.Memang giler2 nye ketuk tu..dah tu dorang deal balik dapat la 150bath, masa nak bayar akak tu letak la barang kat atas tuk - tuk tu sebab nak kuarkan duit dari dompet, sekali dah bayar..terus orang tuk-tuk tu pecut..barang-barang akak tu semua hilang macam tu je..so be careful with the tuk-tukman..kalau nak lagi save korang amik je no tuk-tuk tu in case pape hal kan...

Tuk-tuk

**panjang lak rasa...nanti ku sambung kisah cuak naik tuk-tuk..hehehe

Sunday, January 24, 2010

Trip To Bangkok

Posted by ezey at 2:10 PM 2 comments
first Day

Ni first time nak ke bangkok..sebenarnya tiket dah lama booked..since jun 2009 lagi..tp biasa la kalau nak tiket murah..macam ni la..terpaksa tunggu lama untuk satu-satu travel. Tiket adalah berharga RM145 return. And Thanx to Airasia ( sekali lagi jadi duta x rasmi..heheheh)..Now everyone can fly.

Khamis malam drive to KL, sampai gombak kul 3.00 pagi. tdo umah kak mah sejam je..kul 4 dah bangun siap-siap nak ke airport. Pukul 630 dah sampai airport..urus check in bagai..then heading to McDonalds to have breakfast..

3 of us

Kali ni..airasia sangat cemerlang kerana ketepatan masa..mungkin awal pagi tak banyak penerbangan. Flight departure 750am..Memandangkan tidurku yang tak cukup. Naik-naik je flight terus tidur, sampaikan FA demo keselematan pun x sedar n bila masa flight take off pun xsedar..Penerbangan sepatutnya ambil masa lebih kurang 2 jam ngan sampai airport skhunaburmi tapi flight kami sampai 15 minit awal. sepanjang penerbangan, aku buka mata masa FA bagi imigration form je..yang selebihnya ZZZZZZZZ....safely landed at 840am waktu bangkok. tapi bapak lama nak tunggu lepas kastam ngan imigresen. sorang-sorang bukan main lama dorang check..lagi-lagi tourist mat salleh yang nak kena check visa semua tu..kalau kat LCCT KLkejap je..x yah tunggu lama-lama.. tak tau la samada dorang punya keje cekap atau pun security x ketat sangat..


Dari airport ambil cab terus ke CHina town memandangkan waktu check in hotel masih lambat. Cuci-cuci mata kat sini, tapi kak n kak mah dah mula membeli kain strechable untuk buat tudung. Harga? Murah 2-3 kali ganda dari KL.


Chinaworld Building next to little india town (lupa nama dia)

Dah setel berjimba di chinatown, terus ke hotel yang letak lebih kurang 35 minit perjalanan dengan cab. Hotel okay sebab ada provide halal food kat Halong restaurant. Mostly makanan berasaskan makanan laut. So we having lunch here. good taste n reasonable price. Very convinient..tengah-tengah bandar.

Hahahah..part paling best..Dah check in konon nak rehat la sekejap..sekali, amik ko bantai sampai 3 jam lebih tertidur. Tak pernah-pernah dalam sejarah tidur dengan tenang dia waktu siang time bercuti..but we did it..aku rasa ku boleh dimaafkan lagi la sebab memang x cukup tidur, drive dari kelantan lagi..yang 2 makhluk tu apa kes..??

dah segar??hehehe..mesti la..mau xsegar tido macam pengsan..terus decide ke Platinum Mall..walking distance cuma 5 minit je dari hotel. Platinum Mall ni antara Pusat Borong Pakaian terbesar kat sini lebih kurang 1500 kedai. Kitaorang just cuci-cuci mata je..lagipun dorg dah start nak tutup. kat sini pukul 8 dorang dah mula tutup kedai..

Then we heading to night market along the Pratunam Market. sebab panjang sangat pasar malamnya, kami just jalan halfway je..rasa-rasanya lebih 1km..just beli baju 2-3 helai je..Makanan pun macam-macam ada..Sangat Meriah tapi bagi yang muslim kena berhati-hati la sikit sebab kebanyakkan mereka served non halal food. kami just beli buah je..Memang puashati buah kat sini. dah la saiz besar-besar, murah dan fresh. Agak-agak kaki pun dah x larat nak melangkah, trus balik hotel, tapi sebelum tu dinner dulu kat Halong restaurant . just order simple menu nasi, rubyfish with soy sos, mix vege.




**to be cont...

Thursday, December 31, 2009

Happy New Year

Posted by ezey at 11:27 PM 1 comments
happy new year semua... masing-masing sure dah ada new resolution for 2010...go for it guyz...
Kat Facebook masing-masing dengan status new ye...sempat ku copy paste status sesetengah member kat FB post kat blog ni..semua ni status FB masing-masing...thanx to FB..x payah dah nak send sms untuk wish happy new through phone yang pasti akan meyebabkan line jammed..

  • resolution for 2010; demand less, give more. Things done sincerely insya allah will be rewarded by God...



  • to all...happy new year 2010...may God bless you all.


  • take a ChanCe,Make A chanGe....2010......happy new Year ya'LL


  • Selamat Tahun Baru..kawan2...semoga tahun yg mendatang lebih mematangkan kita..supaya kita blh menambah amalan yg telah sedia ada..


  • Another fresh new year is here . . .Another year to live!

To banish worry, doubt, and fear, To love and laugh and give!


  • "Making resolutions is a cleansing ritual of self assessment and repentance that demands personal honesty and, ultimately, reinforces humility."


  • Tahun berganti lagi..umur terus meningkat.Doaku..semoga Malaysiaku terus dilindungi Yang Esa..sebagaimana hari ini.Doaku..semoga kita semua terus bahagia,murah rezeki dan dijauhkan dari segala malapetaka.


bagi aku lak..semoga tahun 2010 akan lebih baik dari tahun 2009...selamat datang 2010..selamat tinggal kenangan 2009....dan selamat tinggal jugak status sweet20.hehhehe...welcome to sweet30 lak.....bak kata carter...30 is better than 31 or 29...hehehhehe..azam tahun depan???i'll rest it first...

Wednesday, December 30, 2009

Buringnya....

Posted by ezey at 1:58 PM 1 comments
arini adalah sangat bosan...geng-geng pid mungkin menghabiskan sisa-sisa cuti..semua offline je..berapa kerat je online...korang semua berherbinasi kat mana weh...aku jeles...arini aku hanya berjalan-jalan ke blog je...

Nampaknya tahun ni aku bakal mem"bakar" sisa-sisa cuti..nasib la sapa yang keje sorang macam haku..nak tutup lelama pid kesian lak...huwaaaaaa..nak cuti pun kena pikir 2-3 kali kalau xde yang penting sangat..adoiyai.. begitu cemerlang gayanya...heheheheeh..atau perlu ke haku pentingkan diri sendir..belasah je abiskan cuti...

lagi 2 hari dah masuk tahu baru.....masing-masing dah ade azam baru ke...????

Thursday, December 17, 2009

Banyak nak cerita tapi....

Posted by ezey at 12:36 PM 1 comments
Dah dekat sebulan ke dah lebih sebulan aku x update this blog...bukan tak cerita tapi takde mood nak tulis atau adakah aku busy sangat kat PID sampai x sempat nak update.??? masa semakin hari semakin sekejap je rasa..macam-macam benda nak kena buat..arini dah khamis rupanya besok cuti lagi...satu-satu yang semua orang suka..hahahaha...

Dalam kesibukan dengan macam-macam hal..last week tetiba one of my cousin was confirmed leukemia. Rasa macam x percaya pun ada, rasa sedih bila fikirkan HAKIM atau lebih mesra we all called him abg chik, a 5 years old child when abah told us. Dalam usia kecil macam tu dia terpaksa hadapi penyakit yang jarang dapat diubati. Arini doctor akan ambil sample sumsum tulang untuk pastikan which level of crictical he is…Setiap hari dia nangis sebab setiap hari doctor akan ambil darah untuk sample..tangan kecil dia macam x mampu nak tmenahan tusukan jarum tu..last night he was transfered from ampang to Hospital Universiti Sains malaysia, Kubang Kerian.


Everyone, please pray for him..hope paksu n maksu terus tabah and teruskan usaha. Setiap penyakit pasti ada ubatnya..jangan cepat mengalah..kami akan menyokong dan membantu selagi kami berdaya…sesapa yang mungkin ada petua ke cara, do tell me okay...
 

It's My Life Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review