Monday, November 16, 2009

Jom kengkawan...

Posted by ezey at 11:23 AM 0 comments
Jom-jom kawan-kawan....jom klik-klik kat page ni lak...

http://impianacollections.blogspot.com/

jangan segan-segan okay...jangan lupa beritahu kawan-kawan skali...

sambil cuci-cuci mata..boleh klik-klik lagi.....more items to come.....

Sunday, November 15, 2009

Solat Sunat Dhuha- Murahkan Rezeki, berjaya dalam kerjaya

Posted by ezey at 12:01 AM 3 comments
saje nak berkongsi kelebihan Solat Dhuha dengan semua...masa untuk solat dhuha adalah 30 min selepas syuruk dan 30 minit sebelum matahari tegak..adalah aku dah berumur almost 30 baru amik tahu pasal solat sunat dhuha dan tak salah aku nak kongsi kebaikan dia...

1. "Solat Dhuha itu mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan), dan tidak ada yang akan memelihara solat Dhuha kecuali hanya orang-orang yang bertaubat."
2. "Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan, "Dhuha." Maka jika kamu datang hari kiamat kelak, serulah (malaikat) penyeru: manakah orang-orang yang telah mengerjakan solat Dhuha? Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam dengan rahmat Allah." Al-Tabrani



Doa Solat Dhuha..aku amik yang dalam bahsa melayunye...nak senang paham...

Di antara doa yang baik dibaca selepas solat Dhuha ialah :

Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.


** Selain usaha...doa dan tawakal adalah penting..begitu juga dengan doa dan tawakal..perlu dilengkapi dengan usaha yang berterusan....barulah kejayaan akan tercapai...dan setiap usaha akan membuahkan hasil yang manis....




Thursday, October 22, 2009

Mungkinkah...

Posted by ezey at 11:56 PM 1 comments
apa yang mungkin?????

malam ni tangan kanan haku gatal-gatal je....orang tua-tua kata nak dapat duit...suka tak????adake orang xsuka duit zaman sekarang ni...sila angkat tangan...

esok najib merangkap Perdana Menteri nak buat pembentangan bajet untuk tahun depan...

adakah..esok ku bakal dapat berita cantik menarik tertarik ko memang da bomb..

BONUS...Mungkinkah.....




Wednesday, October 21, 2009

Segala-galanya PENDING......

Posted by ezey at 3:59 PM 5 comments
hallo..hallo....halllo...lamanya x hupdate blog...rendu sudah....banyak nak citer tapi semua terbantut memandangkan internet semedang hazab....5 minit sekali disconnection..bikin hati wa panas...mood rajin jadi mood malas....

Walaupun syawal dah habis..tetap nk ucap

1. SELAMAT HARI RAYA SEMUA...N MINTA MAF MANA ADA SALAH DAN SILAP..YANG SEMEMANGNYA TAK DI SENGAJAKAN (yang sengaja pun minta maaf gak....)

2. TAHNIAH MR DENGAN KEHADIRAN BABY ASYRAF....LENGKAP SUDAH SEPASANG BUAH HATI KO NGAN PAKCIK SEPOL...

3. SELAMAT DEPAVALI KEPADA PENGANUT AGAMA HINDU....

4. SELAMAT MENUNAIKAN FARDU HAJI KEPADA JEMAAH HAJI MALAYSIA

5. UNTUK WARGA PID...ADA JUGAK SELAMAT..KU TAKKAN LUPAKAN UOLS.... IAITU SELAMAT BEKERJA DAN MEMBERI KHIDMAT KEPADA MASYARAKAT....

Cukup la dulu ucapan selamat dari aku sebagai pemanas engine untuk terus berbelog....

Friday, September 18, 2009

Berhati-hati Di Jalan raya

Posted by ezey at 12:54 AM 0 comments
macam biasa semakin dekat nak raya makin banyak berita-berita kemalangan jalanraya yang melibatkan kehilangan nyawa...

tadi balik keje awal sikit dalam kul 4 gitu..bajet sampai awal sikit umah..ye la ari last before rayakan..saja balik awal skit malas nak sibuk-sibuk ngan orang nak balik kampung...dari PID ke bukit Bunga jalan smooth je...singgah jap beli beras siam..2 kampit besar..kalau kena tahan harus kena rampas nie....huhuhu...bekalan raya kononnya...pas siap beli beras semua..continue drive home...baru 5 minit drive tetiba dari jauh dah nampak kereta beratur panjang...aisey..xkan dah start nak jammed??xpernah2 jammed kt jalan ni....ke polis buat roadblock??biasa la kan raya-raya ni memacam ops..aku x risau lesen ke roadtax mati..tapi aku lagi pikir pasal beras dua guni besar tu...huhuhu...

Dekat 30 jam jugak aku rasa dok main brek-brek..tukar-tukar gear...sudah la kete manual..adalah sangat lenguh kaki di bulan puasa yang mulia ni...bila dah sampai dekat..rupanya ade accident...iswara ngan honda x silap aku...orang kiri kanan jalan x yah citer la..ramai jadi pemerhati..teruk gak condition kete merah tu..macam nak terjatuh ke bawah je..nak kata gaung bukan gaung la..cuma bukit sikit je...bila lalu je tempat tu...nampak 3 plastik hitam kt tepi landrover polis....rupanya ade orang yang meninggal kat tempat kejadian...aku xde lah berenti tengok pun...lagi yang cedera maybe ade kot...aku x tahu la...kejadian ni kat Nibong, Tanah Merah..kalau dari Machang..dia sebelum selekoh sebelum Balai Polis Nibong

rasa sedih lak..mesti dorang on the way nak balik beraya kat kampung..tapi x kesampaian...tapi ye la..ajal dan maut x de sapa yang tahu kan....

2 mingg lepas juga..sorang juniorku pun meninggal pasal accident gak kat jeli...Nak balik dari UPSI ke rumah dia kat Bachok..nak berpuasa ngan family tp x kesampaian jugak...semoga roh beliau ditempatkan bersama dengan orang yang soleh dan solehah...kawan-kawan ..boleh la sedekah al-fatihah pada arwah...

So saya menyeru kepada semua..berhati-hati la di jalanraya....semoga semua selamat sampai ke destinasi dan jumpa orang-orang yang tersayang....
 

It's My Life Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review