Sunday, November 15, 2009

Solat Sunat Dhuha- Murahkan Rezeki, berjaya dalam kerjaya

Posted by ezey at 12:01 AM
saje nak berkongsi kelebihan Solat Dhuha dengan semua...masa untuk solat dhuha adalah 30 min selepas syuruk dan 30 minit sebelum matahari tegak..adalah aku dah berumur almost 30 baru amik tahu pasal solat sunat dhuha dan tak salah aku nak kongsi kebaikan dia...

1. "Solat Dhuha itu mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan), dan tidak ada yang akan memelihara solat Dhuha kecuali hanya orang-orang yang bertaubat."
2. "Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan, "Dhuha." Maka jika kamu datang hari kiamat kelak, serulah (malaikat) penyeru: manakah orang-orang yang telah mengerjakan solat Dhuha? Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam dengan rahmat Allah." Al-Tabrani



Doa Solat Dhuha..aku amik yang dalam bahsa melayunye...nak senang paham...

Di antara doa yang baik dibaca selepas solat Dhuha ialah :

Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.


** Selain usaha...doa dan tawakal adalah penting..begitu juga dengan doa dan tawakal..perlu dilengkapi dengan usaha yang berterusan....barulah kejayaan akan tercapai...dan setiap usaha akan membuahkan hasil yang manis....




3 comments:

~~@L0nG W@niE~~ said...

Allahuakbar....mekasih ezey...share info2 cemnia...

ezey said...

sharing is caring along..hehehe...jom la sesama buat...

hafizi hj.zainal said...

syukur~

Post a Comment

 

It's My Life Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review