Monday, January 25, 2010

Hari Ke-2 Di Bangkok

Posted by ezey at 4:03 PM
Memandangkan kat bangkok masanya lebih cepat, seawal kul 5am waktu bangkok kami dah bangun untuk aktiviti hari ke dua. Kul 6 pagi dah breakfast yang disediakan oleh oleh.Plan utama arini adalah nak ke Floating Market. Kami dah bertemujanji dengan seorang driver teksi yang boleh berbahasa inggeris Mr Somchai. Tepat jam 7 pagi dia dah sedia menanti kami untuk bergerak ke Floating Market yang berada di luar bangkok bak kata Somchai. Memandangkan arini adalah hari sabtu yang merupakan hari minggu di sani, jalan agak sedikit kelam kabut dengan kereta, tuk-tuk dan motorsikal. Tetapi hanya 15 minit je sebab selepas tu, kami terus masuk highway.Mana-mana negara pun highway mesti la clearkan...heheheh...Jarak dari Bangok nk ke sana x pasti la..tapi mengambil masa lebih kurang sejam setengah untuk sampai ke sana dengan kelajuan x kurang 120km/j..kata jalan kecik pun sama macam tu..kalau highway lagi laju la..aku asyik tengok meter dia je..sebab terasa macam laju benor dia drive. Sepanjang perjalanan ke sana ada satu kawasan lapang macam sawah padi kosong..terasa jugak pelik, kenapa tanah tu terbiar kosong, sedangkan thailand merupakan antara pengeluar beras terbesar,rumput semua tak ada, kosong sekosongnya.cuma nampak petak-petak terisi air je.. Bila tanya pada somchai, rupanya itu tempat pemproses garam. Haram sebelum ni aku tahu macam mana proses garam, Ingat hanya penapaian garam laut je.

Lebih Kurang 845am, kami sampai ke point untuk naik bot ke Floating Market. Harga untuk seorang ialah 600Bath bagi pakej 1 jam. Untuk pakej 2 jam pula, dorang caj 800bath/person. Agak mahal tetapi bayar je la, bila lagi nak tengok keunikan tempat orang. 1 bot tu hanya kami bertiga je sebab tak de tourist lain. Lebar sungai tu lebih kurang 50 meter je. Anggaran mengikut kepala yang yang cukup-cukup makan subjek maths.

Sepanjang Sungai tu, macam-macam jualan ada termasuk cenderahati, pakaian, ukiran, kraftangan dan yang paling best buah. Kitorang hanya beli buah je jambu madu, jambu batu, nenas potong, jambu potong. harga memang x yah citer la..murah sangat-sangat. buah je la barang lain lagi mahal kalau nak di bandingkan dengan kat bangkok. Satu lagi yang murah rempah safron. tak pasti sama macam kat tempat kita ke tak. Nama sama cuma rupa bentuk macam lain, Kalau kat tempat kita saffron dia macam tembakau sikit rupa dia, tapi kat sini dia macam seeds bunga..beli la juga safron tu sebab murah sangat-sangat. dengan kuantiti macam tu kata sana baru 100bath, kat sini mau RM60. Belum cuba lagi guna saffron dari thailand. kalau dah guna, nanti ku khabarkan sama ke tak hasil dia. Kalau Nak membeli, cakap je ngan orang bot tu nak stop. Tu kalau nak membeli kat kedai-kedai tepi sungai, tapi kalau nak membeli kat bot-bot tu je, just panggil bot peniaga tu datang kat tempat kita.

Sekitar Floating market

Lebih kurang sejam suku, kami balik semula ke point tempat naik tadi. ambil gambar lebih kurang, terus balik ke bangkok. Sebelum tu sempat jugak la singgah kat tempat orang jual ikan yang dah dipacked. Macam ikan rebus je aku tengok..tapi mungkin dah ditambah dengan pengawet untuk tahan lebih lama. Sebenarnya nak berenti tempat orang buat garam tapi somchai cakap x boleh tapi dia x cakap lak sbb apa x boleh..Nak tengok orang buat gula tradisional pun x boleh jugak sebab kena menyeberang jalan dan kami pun malas nak melintas jalan besar tu siap nak kena langkah devider tinggi tu..

Dah semua tak boleh, Somchai bawa kami ke tempat "Gems Gallery International Manufacturer". Kat sini ada macam-macam jenis gem, dari semurah-murah hingga ke mahal-mahal sampai puluh-puluh ribu, mungkin ratusan pun ada kot untuk setiap gems yang berlainan jenis. Aku just Beli gelang je satu, bagi hadiah kat my mum..Kat sini photo are not allow. Kami amik gambar kat luar je la. apa nak buatkan...dan setaip tourist akan dibantu oleh staff mereka mengikut pilihan bahasa yang kita nak. Sayang, bahasa melayu tak de tapi bahasa indonesia ade lak. kalau korang pandai jepun boleh la request translator jepun..hehehe...Rasa-rasanya kalau korang gi bangkok, mesti teksi driver suh korang datang kat gem gallery ni sebab dorang akan dapat kupon untuk minyak. kalau tak silap 300bath sekali bawak tourist. Siapa tak nak kan...kan...kan...tapi untuk tourist, dorang provide juices and carbonated drinking water...ikut suka la nak minum banyak mana pun..pilih la nak air apa..semua free....


Gems Gallery

Sekejap je pun kat gems gallery tu sebab tak berminat sangat, Then terus ke Bobae Market. Ini lagi satu tempat jualan secara borong. cuma kat sini beli 3 helai je dah dapat harga borong, tak payah nak beli sekodi macam kat tempat kita. Kalau ikutkan buka semuanya local product, banyak juga product yang dari cina kat situ, kat sini beli la jugak baju 3-4 helai. Lunch kat food court Bobae market. Takde Pilihan lain, sedap ke x sedap ke..makan je sebab 1 gerai je ada untuk halal food..kepala dah pening sebab panas..Ambil cab lain balik hotel sebab service somchai just for halfday only. Dorang amik 200bath. teksi driver tu cakap sebab jammed..lantak la..sbb malas nak pikir. Dapat balik bilik.lega rasa..mandi,solat, rehat jap..lebih kurang kul 5 kuar lagi gi kat Platinum Mall sebab semalam pegi kedai mostly nak tutup..pusing 2-3 lorong, tengok barang-barang sama je..so we decide to MBK plaza. sebenarnya dekat je, lebih kurang 20 min je kalau jalan kaki tapi sebab nak rasa naik tuk-tuk..kami save energy dengan naik tuk-tuk je...Harus diingatkan kalau nak naik tuk-tuk..better deal dulu harga sebab dorang ni suka-suka je ketuk harga kat orang luar..Dari Platinum mall kami just Bath50 je atau bersamaan RM5..Okay la..sebab ada akak dari KL jugak citer kat kitorang dorang main naik je tuk-tuk.bila dah sampai..dorang suh bayar 250bath nak ke MBK.Memang giler2 nye ketuk tu..dah tu dorang deal balik dapat la 150bath, masa nak bayar akak tu letak la barang kat atas tuk - tuk tu sebab nak kuarkan duit dari dompet, sekali dah bayar..terus orang tuk-tuk tu pecut..barang-barang akak tu semua hilang macam tu je..so be careful with the tuk-tukman..kalau nak lagi save korang amik je no tuk-tuk tu in case pape hal kan...

Tuk-tuk

**panjang lak rasa...nanti ku sambung kisah cuak naik tuk-tuk..hehehe

0 comments:

Post a Comment

 

It's My Life Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review