Thursday, August 27, 2009

Kebatukan

Posted by ezey at 1:08 PM 1 comments
Musim-musim hujan gini..penyakit senang je nak melekat..arini ku dah start batuk-batuk manja...try tahan x nak bagi batuk..ye la kalau dah mula batuk tu dia dah x nak berenti-renti...adoi...nak kena standby ubat batuk ni..ke ada sesapa yang tau petua tradisional yang boleh hilangkan batuk secara cepat....sila share2 ye...

sudah la skang musim selsema babi ni...mintak-mintak la di jauhkan...risau gak sebab selalu travel...kena cuti dari travel ni...nasib baik dah masuk bulan posa..xde kursus pape or training-training lagi...kalau x jenuh la....

Wednesday, August 26, 2009

Salam Ramadhan

Posted by ezey at 9:21 AM 1 comments
wahhhh...lamanya x update blog rasanya....maklumlah 2-3 menjak nie terasa macam ku kebizian...
walaupun dah agak terlewat..aku nak gak ucapkan selamat datang kepada bulan ramadhan yang mulia..sama seperti kelewatanku meng'wish'kan ramadhan..macam tu la lewatnya aku memulakan puasa ku..xdok rejeki nak sambut 1 ramadhan....waaaaaaa...

semoga ramadhan kali ini membawa seribu keberkatan kepada kita semua...perbanyakkan amalan-amalan sunat...maaf memaafi sesama kita....

Kepada kengkawan semua..selamat menjalani ibadah berpuasa dan yang sewaktu dengannya..
Kepada peniaga-peniaga..semoga rezeki anda bertambah...
Kepada orang yang x nak posa..ingat-ingat la akibat yang bakal ko tanggung....

Wednesday, August 12, 2009

BIG SALE

Posted by ezey at 12:04 PM 4 comments
sebagai penumpang tegar Air Asia..aku dengan suka relanya tolong promote walaupun xde dapat imbuhan apa-apa hatta penerbangan pergi balik kb-kl.....

nampak tak gambar kt bawah tu...air asia ade offer 3juta tempat duduk dengan kadar yang murah dan mamupu untuk semua orang....ke semua tempat...

Booking period 12-16 Ogos 2009
Travel period : jan-julai 2010..

Sesapa yang ade perancangan nak bercuti tahu depan..jangan lepaskan peluang...grab it now...



* ku dah terbuking tanpa sengaja...

Tuesday, August 4, 2009

Kegilaan

Posted by ezey at 9:42 PM 5 comments
Tak tau nak cakap apa...tp sesungguhnya aku sangat ketagih dengan game yang telah dicipta oleh manusia ni...dia membuatkan hati aku tiap-tiap hari nak mengadapnya je...

Kalau dulu masuk keje sure aku on YM dulu..tapi sekarang tidak lagi...Kini menda pertama aku terjah adalah FACEBOOK...dan pencipta game tu aku anggapkan sebagai seorang yang berjaya menjajah minda aku untuk terus setia melekat kat page FARMVILLE...FARMVILLE adalah seperti sebuah ladang di alam maya....

Interface Farmville kegilaan aku...

Bila tengok ladang-ladang aku berbuah subur..hati rasa tenang dan gembira walaupun hanya di alam maya...terasa satu kepuasan....tapi bila pokok-pokok mati amat terasa sedih mengenangkan kerugian yang ditanggung.....balik umah teringat farmville..tgh makan pun boleh lagi ingat farm ville..cuma belum sampai tahap masuk dalam mimpi je....


iNi la rupa bentuk landskap kebun kegilaan aku....kalau in reality macam gini..aku yakin aku adalah tergolong dalam petani yang berjaya..mungkin akan dapat anugerah beliawanis berjaya dalam bidang pertanian...


Wednesday, July 29, 2009

Melangsaikan Hutang...

Posted by ezey at 3:30 PM 1 comments
Xde Menda nak buat ni..kat luar hujan lebat sangat-sangat..tapi aku suka sebab.....ye sebab persekitaran yang tgh hari tadi panas yang amats..sekarang suka nyaman...

Student x datang lak...yang ade..user biasa je..jadi..aku ada masa nak langsaikan hutang ima kuala kurau nie..hehehhe..

Nama-Nama Timangan Anda
Kak Long, Long, Sulong, Che Long, Mc Roh, Iza, ezey, Riza (banyak kan...tapi dengan nama2 tu aku tahu apa kaitan pemanggil tu ngan aku )

Anda Seorang Yang
Simple, Nampak cam pendiam kalau x kenal..bila dah kenal haku..sila jangan serik nak ayan aku bersembang okay....

Insan Teristimewa
Family

Describe Apa Yang Membuatkan Dia Terlalu Istimewa Di Mata Anda
ye la..sebab dorg la paling istimewa..banyak sgt keistimewaan..xde sapa leh amik tempat dorang....

Lagu Kesukaan Anda
Semua lagu aku suka..jangan bagi dangdut dah la...

Makanan Kesukaan Anda
Tom Yam, Mee Kari (tapi buatan my mom saje)pernah cuba makan orang lain nye..tapi x leh lawan..

Warna Kegemaran Anda
Earth Kaler ( tapi yang paling wa suka adalah cekelat)

Sikap Yang Membuatkan Anda Stress
Seorang yang rasa diri dia bagus...please la..ingat ko bagus sgt ke....


Tiga Benda Yang Mesti Ada Dalam Beg Anda
1. Duit (purse adalah x penting bagiku) hehehhe
2. Handphone yang ade bateri full n boleh wat kol out
3. Dokumen penting - ic,lesen ( eh dahterlebih )..halal je la ek..1 je lebih....

Kali Terakhir Anda Menangis dan Kenapa
Ntah..dah lupa..lama sangat x nangis

Tag 7 rakan anda

1. Zura
2. Along Si Anak Minang
3. Kak Linda Sungai Pelek
4. Azrin Sg Pelek ( saje bagi ko azrin-kang ko xde keje lak tgk kak linda je jwb tag)
5. Ija Kenu
6. Ct Tim Kuaa Nerang
7. Kamu semua la.....



 

It's My Life Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review