Sunday, January 24, 2010

Trip To Bangkok

Posted by ezey at 2:10 PM
first Day

Ni first time nak ke bangkok..sebenarnya tiket dah lama booked..since jun 2009 lagi..tp biasa la kalau nak tiket murah..macam ni la..terpaksa tunggu lama untuk satu-satu travel. Tiket adalah berharga RM145 return. And Thanx to Airasia ( sekali lagi jadi duta x rasmi..heheheh)..Now everyone can fly.

Khamis malam drive to KL, sampai gombak kul 3.00 pagi. tdo umah kak mah sejam je..kul 4 dah bangun siap-siap nak ke airport. Pukul 630 dah sampai airport..urus check in bagai..then heading to McDonalds to have breakfast..

3 of us

Kali ni..airasia sangat cemerlang kerana ketepatan masa..mungkin awal pagi tak banyak penerbangan. Flight departure 750am..Memandangkan tidurku yang tak cukup. Naik-naik je flight terus tidur, sampaikan FA demo keselematan pun x sedar n bila masa flight take off pun xsedar..Penerbangan sepatutnya ambil masa lebih kurang 2 jam ngan sampai airport skhunaburmi tapi flight kami sampai 15 minit awal. sepanjang penerbangan, aku buka mata masa FA bagi imigration form je..yang selebihnya ZZZZZZZZ....safely landed at 840am waktu bangkok. tapi bapak lama nak tunggu lepas kastam ngan imigresen. sorang-sorang bukan main lama dorang check..lagi-lagi tourist mat salleh yang nak kena check visa semua tu..kalau kat LCCT KLkejap je..x yah tunggu lama-lama.. tak tau la samada dorang punya keje cekap atau pun security x ketat sangat..


Dari airport ambil cab terus ke CHina town memandangkan waktu check in hotel masih lambat. Cuci-cuci mata kat sini, tapi kak n kak mah dah mula membeli kain strechable untuk buat tudung. Harga? Murah 2-3 kali ganda dari KL.


Chinaworld Building next to little india town (lupa nama dia)

Dah setel berjimba di chinatown, terus ke hotel yang letak lebih kurang 35 minit perjalanan dengan cab. Hotel okay sebab ada provide halal food kat Halong restaurant. Mostly makanan berasaskan makanan laut. So we having lunch here. good taste n reasonable price. Very convinient..tengah-tengah bandar.

Hahahah..part paling best..Dah check in konon nak rehat la sekejap..sekali, amik ko bantai sampai 3 jam lebih tertidur. Tak pernah-pernah dalam sejarah tidur dengan tenang dia waktu siang time bercuti..but we did it..aku rasa ku boleh dimaafkan lagi la sebab memang x cukup tidur, drive dari kelantan lagi..yang 2 makhluk tu apa kes..??

dah segar??hehehe..mesti la..mau xsegar tido macam pengsan..terus decide ke Platinum Mall..walking distance cuma 5 minit je dari hotel. Platinum Mall ni antara Pusat Borong Pakaian terbesar kat sini lebih kurang 1500 kedai. Kitaorang just cuci-cuci mata je..lagipun dorg dah start nak tutup. kat sini pukul 8 dorang dah mula tutup kedai..

Then we heading to night market along the Pratunam Market. sebab panjang sangat pasar malamnya, kami just jalan halfway je..rasa-rasanya lebih 1km..just beli baju 2-3 helai je..Makanan pun macam-macam ada..Sangat Meriah tapi bagi yang muslim kena berhati-hati la sikit sebab kebanyakkan mereka served non halal food. kami just beli buah je..Memang puashati buah kat sini. dah la saiz besar-besar, murah dan fresh. Agak-agak kaki pun dah x larat nak melangkah, trus balik hotel, tapi sebelum tu dinner dulu kat Halong restaurant . just order simple menu nasi, rubyfish with soy sos, mix vege.




**to be cont...

2 comments:

Zura Tahir said...

wahhhhhhh...menarik....:)

ezey said...

zura..kalau ade rezeki..pergi la..hihih...tgk tempt orang..

Post a Comment

 

It's My Life Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review