Sila Klik iklan ni ye kawan-kawan..Jangan malu-malu hokay....
PID Members
-
BULLY AND PUBLIC SHAMING7 years ago
-
SERUNDING DAN KARIPAP IKEA7 years ago
-
Sorry9 years ago
-
-
SETAHUN BERLALU TANPA BLOG11 years ago
-
kembali bersiarann12 years ago
-
jap ada..jap xder....13 years ago
-
LAMBAKAN DRAMA INDONESIA13 years ago
-
geram ngan budak ni..13 years ago
-
DIET...Ramadhan13 years ago
-
Jom tukar...13 years ago
-
GURU COKLAT13 years ago
-
PAYUM TERJUN?14 years ago
-
nak umum nie14 years ago
-
TUDUNG ANNUR COLLECTION15 years ago
-
tragedi > 6 dis 09 at KB MALL15 years ago
-
-
-
-
Blog List
-
Duit Raya VS Sampul Raya5 years ago
-
-
KHASIAT SHAMPOO SANTAN7 years ago
-
BUSY9 years ago
-
blog aku ke ni???9 years ago
-
-
-
GUA KELAM14 years ago
-
Museum Kerte Api Ambarawa14 years ago
-
-
-
-
-
-
-
~Dari Dapur~
-
-
-
Pelam Asam Boi9 years ago
-
Ekspo Buku Islam 13 Putrajaya10 years ago
-
-
VICTORIA SANDWICH CAKE10 years ago
Followers
Wednesday, April 29, 2009
My Brute
klik link kt bawah neh..
http://ezeycun.mybrute.com
Siapakah Kita Ini....
siapakah kita?? siapa... yaa..??
Siapakah orang yang sombong? Orang yang sombong adalah orang yang di beri penghidupan tapi tidak mahu sujud pada yang menjadikan kehidupan itu iaitu Allah Rabbul Alaamin, Tuhan sekelian alam. Maka bertasbihlah segala apa yang ada di bumi dan langit pada TuhanNya kecuali jin dan manusia yang sombong diri.
Siapakah orang yang telah mati hatinya? Orang yang telah mati hatinya adalah orang yang diberi petunjuk melalui ayat-ayat Qur'an, Hadith dan cerita2 kebaikan namun merasa tidak ada apa2 kesan di dalam jiwa untuk bertaubat.
Siapakah orang dungu otaknya? Orang yang dunggu otaknya adalah orang yang tidak mahu lakukan ibadat tapi menyangka bahawa Tuhan tidak akan menyiksanya dengan kelalaiannya itu dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya.
Siapakah orang yang kuat? Orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahannya ketika ia di dalam kemarahan dan bukan yang suka/kuat bergaduh. Siapakah orang yang lemah? Orang yang lemah adalah orang yang melihat akan kemaksiatan di depan matanya tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu..rasa biasa je.redha je..sbb tak kisah pun...
Siapakah orang yang bakhil? Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yang berat lidahnya untuk membaca selawat keatas junjungan Rasulullah s. a. w.
Siapakah orang yang buta? Orang yang buta adalah orang yang tidak mahu membaca dan meneliti akan kebesaran Al Qur'an dan tidak mahu mengambil pelajaran daripadanya.
Siapakah orang yang tuli? Orang yang tuli adalah orang yang di beri nasihat dan pengajaran yang baik namun tidak diendahkannya.
Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a. s.
Siapakah orang yang manis senyumanya? Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang di timpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.
Siapakah orang yang menangis airmata mutiara? Orang yang menangis airmata mutiara adalah orang-orang yang sedang bersendiri lalu mengingat akan kebesaran Tuhan dan menyesal akan dosa-dosanya lalu mengalir airmatanya.
Siapakah orang yang kaya? Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.
Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa mengumpulkan harta.
Siapakah orang yang pandai? Orang yang pandai adalah orang yang bersiap siap untuk hari kematiannya kerana dunia ini berusia pendek sedang akhirat kekal abadi
Siapakah orang yang bodoh? Orang yang bodoh adalah orang yang beriya-iya berusaha sekuat tenaga untuk dunianya sedangkan akhiratnya diabaikan.
Siapakah orang yang maju dalam hidupnya? Orang yang maju dalam hidupnya adalah orang-orang yang senantiasa mempertingkat ilmu agamanya.
Siapakah orang-orang yang mundur hidupnya? Orang yang mundur dalam hidupnya adalah orang yang tidak memperdulikan akan halal dan haramnya akan sesuatu perkara itu.
Siapakah orang yang gila itu? Orang yang gila itu adalah orang yang tidak solat kerana hanya dua syarat saja yang memperbolehkan akan seorang itu meninggalkan sembahyang, pertama sekiranya ia haid dan kedua ketika ia tidak siuman akalnya.
Siapakah orang yang rugi? Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikkan.
Siapakah orang yang selalu ditipu? Orang yang selalu di tipu adalah orang muda yang menyangka bahawa kematian itu berlaku hanya pada orang tua. “rileks la.nanti tobat la.tak puas enjoy ni.bukan senang nak hidup macam ni”..
Siapakah orang yang paling cantik? Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya..
Siapakah orang yang mempunyai akal? Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.
Monday, April 27, 2009
NuffNang...
Sunday, April 26, 2009
i'm alone...
Monday, April 20, 2009
Today kami akan balik semula ke KL..flight kul 325pm...pagi tu sempat lagi ke pasar baru..kali ni kami semua jalan kaki je ke pasar baru..dalam 10-15 min je jalan kaki dari hote ke pasar baru...masa nk lintas jalan..tetiba ade satu motor tu laju sangat...n u know what..dia terlanggar mak aku...jatuh gak la mak aku..nasib baik x de pape..budak yang langgar tu dah cuak n minta maaf kat mak aku sebab memang salah dia..langgar orang kt zebra crossing..malas nk panjang-panjang citer maka aku biarkan je..sbb ada polis datang..sian gak ngan buadak tu...xpe la..tp semangat nak ke pasar baru tu tinggi lagi..hahahahah...benda utama yang dorang nak beli adalah kain lace..mak aku la beria sangat nak beli kain lace....dari semalam lagi dok suh aku beli..pastu siap pesan kt kezen aku suh tolong belikan...gigih dia nk tengok aku kawin..hahahahah..Kak Ja, Kak Mah, Teh pun tumpang sekaki la semangat tu...depa pun beli skali...theme color yang sama..korang tunggu je la sampai timenye..;p....dah kul 1030am balik hotel siap2 nak check out nk ke epot...kul 1230pm supir datang untuk antar weolls ke epot...in between sempat lagi singgah kartika sari beli brownies...
saat paling mendebarkan masa nk check in kat epot...masing-masing dah overload..masa shopping x ingat..last-last kena gak bayor excess baggage 14kg bersamaan RM 280..hampeh...ni la cara AA buat duit...kul 630pm sampai LCCT KL..malam kul 1030pm family haku balik terus ke kelantan..aku tinggal KL dulu sbb esok pagi ade exam kat UIA..tido umah kak mah kt gombak...wish me luck exam...aku ni asyik exam je..xpernah lulus... hmmmmmm....zzzzzzzzzzz
Bye-bye Bandung...
TRip To Bandung
seharian kat pasar baru..macam-macam beli...batik, kerepek pisang(sedap sangat)...kain pasang, busana muslimah..harga very cheap compared ngan kt KL...berganda-ganda bezanya...today we had lunch kt Dapur Sangkurian..view cantik..mak aku berangan nk buat gazebo ala-ala kt dapur sangkuriang..jenuh la ngambik gambar konon nk buat contoh..senang nk tunjuk kat tukang umah nanti...ikan gureme x pernah missed setiap kali meals..dah mcm jadi kewajipan..petang continue shopping kat FO jalan Chihamples...betul ke x aku eja nama tempat tu..lantak la..belasah je..bukan ade mrkah pun...sebelum balik otel drop by jap kat spa evergren..kasi urut-urut sikit kaki..sian dia kerja keras 3 hari...losyen putih pun dah jadi hitam..heheheheh...sape tu???.balik2 je hotel cam biasa la..sesi review kewangan..ada yang dah abis rupiah...aku jadi money changer yang x bertauliah sbb ade lagi rupiah..so boleh la tukar sket2..boleh la buat bekal esok pagi sebelum balik....
Sunday, April 19, 2009
TRip To Bandung
TRip To Bandung
Day 1
Tiket weolls kul 940am...dengan semangat n gigihnya..kul 6 masing-masing dah mula nak bersiap..kitorang plan gerak dari umah kezen kt usj kul 7...but then tunggu 2 of my kezen from gombak x sampai2..Kol her n she ask us to meet her at LCCT...pas check - in bagai...terus gi bfast kot2 lapar coz it's take 2 hour to touch down bandung airport...biasa la AA..jarang dapat menepati masa..sepatutnya terbang kul 950..dah jadi kul 1030 baru berlepas..samapai2 sana supir dah tunggu kitorg n bawak gi hotel untuk check in..we stayed kt patradisa guest house..ok la for those yang macam kitorg..shopping sampai lebam..balik bilik untuk mandi ngan tido jer..so buat apa nk duduk kt hotel berbintang2...baik abiskan duit membeli n beli..puas hati...
pas dah check in semua...terus gi makan kt restoren sunda "Karamba Restoren"...sedap masakan dia..tenaga dah full balik..terus ke pasar baru...apalagi masing-masing dah x ingat duinia shopping..aku just beli blouse je untuk pakai esok hari.sbb seprti biasa gi memana aku x bawa baju..beratkan beg je kan..baik beli kat sana je...hehehehhe...shopping sampai tutup pasar baru...tapi masing-masaing x puas lagi sbb banya lagi benda x shop....balik hotel..siap2 untuk makan malam...malam we dicided to have dinner at De' Cost Seafood Rest..marbeles....sesuai ngan trademark resto tu " Mutu 5 Bintang Harga Kaki Lima..services cepat...makanan sdap...balik otel..kira duwet sat pastu terus zzzzzzzzzz
gambar nanti ku uplod...
i'm back...
Monday, April 13, 2009
Saturday, April 11, 2009
Di Mana PID???
Thursday, April 9, 2009
Kesan Kegawatan Ekonomi
1. Aku masih lagi suka buang duit gi melancong..kalu x pergi pun x pe sebenarnya..tp tu la...manusia x pernah puas
2. Suka beli benda-benda yang x berfaedah yang sebenarnya bukan keperluan aku tp lebih kepada kehendak nafsu ~ aku x suka make up pun..tp aku suka beli segala mak nenek yang aku buat pekasam sampai expired..
3. Still ulang alik dari tempat keje ke rumah parent (200km gi-balik) tiap-tiap hari ye...paling-paling busuk 2x seminggu :: kete aku bergerak guna minyak jugak bukan guna air ye::
4. Apa lagi ye???? malas nak pikir la...yang penting tiap bulan gaji ku abis...
tapi dalam pada aku rasa xde efek masih ada satu menda yang membuat aku risau..apa ye?hehehehhe
Kontrak aku akan abis tahun 2010..Agak2 dorang renew ke pekerja kontrak macam kami di zaman gawat ni...x de sape leh jawab sekarang....
Walau apa pun..aku tetap bersyukur dengan rezeki Allah bagi selama ini..Alhamdulillah...